Gunakan rangka resepi mi ini untuk diisi dengan sayuran dan daging kegemaran anda. Gandakan untuk majlis dan kenduri.
Senang dimasak, senang dimakan, enak untuk yang sedang berpantang atau yang mahukan manisan untuk minum petang.
Lauk enak dan harum ini sesuai disediakan untuk Tamil yang memakan daging lembu semasa Tahun Baru Tamil dan Ponggal.
Hanya pucuk ubi dan daun kunyit diperlukan untuk lauk penghabis nasi ini. Gandakan dan hadiahkan kepada jiran tetangga anda.
Tempoyak memberi rasa lemak dan bau harum kepada lauk klasik negeri Pahang ini.
Buat tempoyak sendiri dengan hanya isi durian, garam, dan masa.
Enak dihidang sebagai kudapan petang atau bersama minuman untuk parti di rumah, resepi ini juga membantu anda mengelakkan pembuangan makanan.
Ramuan masin dan wangi menjadi lauk sempurna untuk disaji dengan bubur kosong.
Sambal kering yang harum dan lazat, sesuai dibuat penghabis nasi. Gandakan resepi ini untuk hari malas memasak.
Kaki ayam jangan dibuang, masukkannya ke dalam kari ayam Dayak ini.
Kita memang sudah selalu memasak lauk dengan ramuan buah di negara ini, dan kari ayam ini berasa sedikit masam kerana ditambah buah nanas.
Lauk Nyonya yang enak dimakan kaum marhaen dan juga yang berada.
Tauhu lembut dilitupi ramuan rangup menjadi lauk makan tengah hari yang pantas sekali.
Hidangan klasik keluarga Melayu di majlis atau kenduri ini boleh disiapkan dalam masa yang diperlukan untuk merebus pasta.
Kari amat savuri yang dihidangkan di rumah yang berketurunan India Selatan dan Sri Lanka.
Telur dadar cencaluk ini sedikit savuri dari yang biasa, memang puas untuk dijamu mereka yang harus menjimat duit.
Serlahkan keenakan tauhu semasa musim perayaan dengan pelbagai rempah dan tekstur menyelerakan.
Sebanyak mana ketumbar yang dapat digulung ke dalam sekeping roti? Seberapa banyak yang anda mahu. Gandakan resepi ini untuk pesta perayaan.
Hidangan mi ini memang senang sekali untuk dimasak dan diubahsuai apabila malas nak menghadap dapur.
Apabila musim bambangan tiba, memang sedap untuk memasaknya dalam lauk pinarasakan.
Sambal tak perlulah rumit. Hanya tiga ramuan boleh dijadikan sambal kicap yang amat sedap, sehinggakan anda tidak perlu sambal lain.
Mengenyangkan tapi tak senak, bubur ini akan mengisi perut dan menguatkan semangat anda sekaligus.
Minyak bawang serba boleh ini senang dipadan dengan pelbagai hidangan dan pelbagai gaya masakan.
Ikan stim mudah untuk membiasakan diri memasak hidangan kegemaran ini di rumah.
Ayam tumis-reneh gaya Semai yang penuh berperisa, sesuai untuk dijadikan lauk harian.
Sambal goreng boleh dihidangkan semasa Hari Raya, tetapi juga sepanjang tahun untuk menghabiskan ramuan berlebihan.
Kurma kurang pedas yang dimasak dengan kacang gajus dan kelapa parut segar.
Sup yang menyihatkan tidaklah selalu memerlukan daging atau masa lama untuk dimasak.
Dengan hanya beberapa ramuan mudah—selain kepala ikan—lauk ringkas ini memang senang seperti namanya.
Hidangan satu mangkuk yang berkhasiat untuk majlis-majlis khas, padat dengan rempah ratus dan sayur-sayuran.
Bila anda mahukan ayam kunyit tetapi tak kuasa nak menggoreng, cubalah tumis-reneh ini.
Pasta goreng adalah hidangan pantas semasa hari kerja sibuk. Buatlah banyak-banyak untuk bawa ke jamuan, mesti cepat habis.
Tertanya-tanya mengapa tak berapa minat sambal sardin? Cuba teknik menggoreng ini dan izinkan kami mengubah fikiran anda.
Tambah umph sup tomato harian anda dengan rempah ratus dan kismis untuk makan tengah hari yang penuh perisa.
Lada hitam panas berapi, bertemu mihun selembut sutera, sesuai dijadikan hidangan yang sedap dan pantas.
Salad terung untuk mengiringi pelbagai hidangan, tidak kira nasi atau stik, atau sebagai hidangan pembuka selera.
Bubur nasi penuh perisa, sesuai sebagai hidangan utama semasa jamuan vegetarian.
Pantas, murah, dan mengenyangkan, ubi kayu goreng ini merupakan hidangan sesuai untuk semua peringkat umur.
Cucur savuri ini rangup dan sesuai dimakan lewat petang. Paling sedap apabila dicicah dengan sos cili.
Sarapan pagi yang menyelerakan untuk mengekalkan tenaga anda sepanjang pagi.
Ingin menceburi bidang pembuatan kuih? Kuih talam ialah resipi pendahuluan yang baik semasa baru belajar membuat kuih.
Hidangan nasi ini digemari di seluruh Nigeria dan Afrika Barat, pedas dan penuh dengan rasa tomato.
Mi kari ikan lemak dan hangat, sesuai untuk seisi keluarga.
Luangkan waktu petang untuk membuat kudapan ini untuk hidangan parti, disimpan masa kecemasan, atau diberikan kepada jiran.
Bagi mereka yang biasa menapai ikan sendiri, cuba cara Kadazandusun ini yang menggunakan pangi atau keluak pula.
Gabungan ayam dan santan dalam penyediaan gulai kuning atau masak lemak, sesuai untuk hidangan pantas namun tetap mengenyangkan.
Sambal asas Serani untuk pelbagai hidangan seperti sambal udang, ikan, dan petai.
Sos daging cincang serba boleh yang digandingkan dengan hidangan karbohidrat pilihan anda untuk hidangan lengkap atau snek ringkas.
Lauk ini memang selalu dihidangkan di rumah keluarga Diana kerana ibunya sering membeli terung dayak setiap kali tiba musimnya.
Kerabu ini tidak mentah, tetapi dimasak dan berperisa seakan masak lemak.
Ada roti Gardenia tak habis? Gorenglah kudapan yang ringkas dan mudah ini untuk dinikmati dengan secawan teh.
Tidak seperti acar lain yang terkenal di Malaysia, acar ini lebih manis dan boleh dimakan begitu sahaja.
Savuri dan menawan, kerabu ini enak dijamah bersama pada majlis makan, parti, atau berkelah.
Mustahil untuk mendapat daging yang empuk tanpa merenih di atas dapur untuk berjam-jam, tetapi boleh saja untuk mendapat rasa rempah rendang!
Kari ayam India-Malaysia ini menggunakan rempah kari seperti Baba’s tapi ditingkatkan lagi untuk lebih keenakan.
Pulut kacau atau wajik boleh dibuat di rumah sebagai buah tangan untuk jiran tetangga.
Jeruk ikan gaya Nyonya ini merangkumi semua perisa enak: masam, berlemak, savuri, manis.
Tiada daging, tiada masalah. Carbonara ini menggantikan lemak bakon dengan minyak sapi, menjadikannya tetap enak.
Kalau anda mahu menikmati sesuatu yang manis, tambahkan sahaja buah dari tin supaya anda boleh ‘makan’ minuman anda juga.
Daging kunyit tanpa daging? Ayam masak merah tanpa ayam? Boleh je, dan memang sedap sekali.
Apabila kegembiraan sukar untuk dicapai, kami harus meraikan melalui apa jua cara, termasuk menghidangkan yee sang ini sepanjang tahun.
Lauk yang sedikit berempah dan penuh keenakan, sesuai untuk dimasak selepas sehari bekerja.
Resepi ini berdasarkan mi tomato yang dihidangkan di gerai kegemaran Glenn. Katanya versi gerai ini ‘tomato mee yang paling enak’ dia pernah rasa setakat ini.
Apabila digoreng seperti ini, ia kekal rangup sambil menyerap minyak tumisan. Orang tua kami memang pandai sungguh.
Umbut sawit merupakan pucuk atau isi dalam pokok kelapa sawit. Senang didapati di Borneo, dan sering digunakan sebagai ramuan yang enak.
Resepi kek mentega mewah ini datang daripada Dinesh Rao, salah seorang pengasas Tray Cafe, yang membuat kek mentega sangat lazat yang boleh melawan kek mentega kopitam.
Cara Temuan untuk memasak ikan ini adalah untuk memanggangnya di luar rumah. Cubalah kalau anda ada gril di rumah.
Asam rong terkenal terutamanya di Raub, dan orang ramai akan beratur panjang di kedai-kedai nasi campur yang menjual lauk ini.
Lauk dari selatan Thailand ini dihidangkan sekurang-kurangnya dua kali seminggu di rumah keluarga Banyen.
Peminat Milo paling ulung tekad untuk mencipta semula rasa klasik Milo lori di rumahnya. Tak seperti peraturan Hari Sukan, anda digalakkan minum sebanyak mana yang anda suka.
Dibuat dengan beras yang baru dituai, hidangan ini menandakan akhirnya solstis musim sejuk, dan dipersembahkan kepada dewa dewi sebelum dikongsi bersama keluarga.
Lauk yang penuh sayuran ini diajar oleh ibu Leela. Persediaannya agak rumit, namun rasanya memang menarik.
Lidah sering dihidangkan di rumah Deborah pada hari Krismas atau untuk makan malam Sabtu selepas masa matahari terbenam.
Resepi ini tercetus apabila Alia mengadu yang kami belum ada resepi manisan. Dia menanya Surekha, “Cubalah buat sesuatu dengan… Horlicks?”
Ramai penduduk kampung menangkap ikan sawah sebagai sumber protein yang murah, dan pekasam merupakan satu cara penjerukkan untuk tangkapan yang besar.
Lauk ini dimasak dengan perlahan supaya perisanya betul-betul terserlah.
Bawang garing, kicap umami, dan udang yang manis—jamuan yang lengkap sekali.
Kami dah makan banyak kangkung belacan dan sambal kangkung. Percayalah kami, inilah versi yang paling enak kami pernah makan.
Hinava adalah sejenis hidangan asli di kalangan masyarakat Kadazandusun di Sabah, menggunakan kaedah memasak ikan air masin atau ikan air tawar dengan air limau.
Halba merupakan rempah yang paling penting untuk hidangan ini. Ikan yang digunakan juga haruslah sangat segar.