Periuk logo
Periuk logo
Roti ketumbar

Kami di Periuk sangat sukakan ketumbar. Tak kisah kalau biji ketumbar atau daun ketumbar, asalkan ketumbar, kami memang suka. Kristy mencuba sedaya upaya untuk menyumbat seberapa banyak ketumbar yang dia boleh ke dalam roti ini. Roti yang terhasil penuh rempah dan herba, dan amat garing. Enak dimakan begitu sahaja atau dengan apa jua lauk di meja perayaan.

Roti ketumbar

oleh Kristy Voon
Kristy Voon

Kami di Periuk sangat sukakan ketumbar. Tak kisah kalau biji ketumbar atau daun ketumbar, asalkan ketumbar, kami memang suka. Kristy mencuba sedaya upaya untuk menyumbat seberapa banyak ketumbar yang dia boleh ke dalam roti ini. Roti yang terhasil penuh rempah dan herba, dan amat garing. Enak dimakan begitu sahaja atau dengan apa jua lauk di meja perayaan.

Hidangan: 4 roti

Masa penyediaan: Banyak bersabar

Hidangan: 4 roti

Masa penyediaan: Banyak bersabar

ROTI:

200g tepung serbaguna

130ml air hangat (lebih kurang 60°C)

½ sdt serbuk ketumbar

¼ sdt serbuk jintan putih

Secubit garam

Minyak sapi atau minyak masak biasa

MINYAK KETUMBAR:

2 cawan (padat) daun ketumbar, dihiris

Secubit garam

Secubit lada putih

½ cawan minyak masak biasa

½ limau nipis

⅛ sdt soda bikarbonat

BUAT DOH:

  1. Jika menguli dengan tangan: Dalam mangkuk adunan, campurkan tepung, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, dan garam. Tuang masuk semua air hangat sekaligus. Menggunakan spatula silikon atau sudu kayu, gaulkan air ke dalam tepung selama 1 minit. Teruskan menguli dengan tangan sehingga doh digaul agak rata, lebih kurang 5 minit. Sambung pada langkah 3.
  2. Jika menguli dengan pengadun makanan bersama dough hook attachment: Dalam mangkuk pengadun makanan, campurkan tepung, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, dan garam. Tuan masuk semua air hangat sekaligus. Pasang pengadun makanan pada kelajuan sederhana laju selama lebih kurang 10 minit. Sambung pada langkah 3.
  3. Biarkan doh di dalam mangkuk dan tutup dengan kain lembap. Biarkan doh rehat selama 20-30 minit supaya tepung terhidrat.
  4. Keluarkan doh dan letak di atas permukaan bersih. Uli doh sehingga lembut, kenyal, dan berkilat, sekurang-kurangnya 10 minit.
  5. Bahagikan doh kepada 4 bebola sama berat dan lumurkan dengan minyak sapi atau minyak masak biasa. Masukkan bebola doh kembali ke dalam mangkuk adunan dan tutup sekali lagi dengan kain lembap. Biarkan selama sekurang-kurangnya 1 jam, sehingga 12 jam.

BUAT MINYAK KETUMBAR:

  1. Sementara itu, siapkan minyak ketumbar. Dalam mangkuk pemproses makanan atau blender, masukkan daun ketumbar, garam, lada putih, dan lebih kurang ¼ cawan minyak masak biasa. Pasang pemproses makanan selama 30 saat, hentikannya dan korek sisi mangkuk pemproses makanan supaya cebisan ketumbar terkumpul kembali di dasar mangkuk. Pasang pemproses makanan sekali lagi sambil menuang lagi minyak masak, tidak melebihi jumlah ½ cawan minyak semuanya. Minyak ketumbar yang terhasil seharusnya agak pekat dan tidak terlalu cair.
  2. Asingkan lebih kurang ¼ campuran minyak ketumbar ke dalam mangkuk lain dan perahkan limau. Kacau dan ketepikan. Ini akan disapukan di atas roti.
  3. Keluarkan ¾ campuran minyak ketumbar yang tinggal ke dalam mangkuk lain. Tabur soda bikarbonat. Kacau dan ketepikan. Ini akan digunakan di dalam gulungan roti.

BUAT ROTI:

  1. Pada permukaan bersih, leperkan bebola doh menggunakan tapak tangan anda. Gunakan tapak tangan (atau pencanai) untuk meleperkan doh senipis yang boleh. Sapu sejumlah minyak ketumbar-soda bikarbonat, dan tambah lagi hirisan daun ketumbar kalau mahu.
  2. Gulung doh menjadi gulungan panjang. Pastikan tiada angin yang terperangkap. Jangan risau kalau ada minyak melimpah keluar.
  3. Sekarang gulung gulungan panjang ini menjadi lingkaran. Ketepikan. Ulang lagi proses menyapu minyak dan menggulung dengan 3 bebola doh yang lain.
  4. Kembali kepada bebola doh pertama yang digulung dan dilingkar. Lenyekkan dengan perlahan menggunakan tapak tangan atau pencanai sehingga menjadi bulatan yang leper dan tebal. Ulang lagi dengan 3 gulungan doh yang lain.
  5. Menggunakan kuali tak melekat atau kuali besi tuang, panaskan 1 sdm minyak masak biasa atau minyak sapi dengan nyalaan api sederhana. Alihkan satu roti yang dilenyek dengan hati-hati ke dalam kuali. Masak menggunakan api sederhana selama 3 minit, atau sehingga doh mentah di bahagian atas mula bertukar warna.
  6. In a nonstick pan or cast iron pan, heat 1 tbsp oil or ghee over medium heat. Gently transfer 1 flattened roti into the pan. Cook over medium heat for about 3 minutes, or until the raw dough on top begins to turn translucent.
  7. Terbalikkan roti dan masak untuk 2 minit lagi atau sehingga masak dan mula garing.
  8. Alihkan roti dari kuali ke atas piring dan sapu minyak ketumbar-limau sementara roti masih panas. Hidang terus.

Panduan

  • Semasa membuat minyak ketumbar, mula dengan ¼ cawan minyak dan tambah sedikit demii sedikit sehingga mencapai kepekatan krim pekat. Kalau campuran minyak terlalu cair, susah untuk disapu pada doh.
  • Kalau anda mahu membuat roti ini terlebih dahulu untuk disimpan di dalam peti ais, buat roti sehingga langkah 4 “Buat roti”. Simpan bulatan doh leper antara kepingan kertas, dalam beg kedap udara. Roti ini boleh disimpan dalam peti ais selama sekurang-kurangnya 1 bulan. Untuk memasakannya, sambung pada langkah 5 tapi gunakan api sederhana-rendah. Roti ini tidak perlu dinyahsejuk beku sebelum digoreng.
Baca seterusnya:  banyak bersabar, halal, ketumbar, roti

Ramuan

ROTI:

200g tepung serbaguna

130ml air hangat (lebih kurang 60°C)

½ sdt serbuk ketumbar

¼ sdt serbuk jintan putih

Secubit garam

Minyak sapi atau minyak masak biasa

MINYAK KETUMBAR:

2 cawan (padat) daun ketumbar, dihiris

Secubit garam

Secubit lada putih

½ cawan minyak masak biasa

½ limau nipis

⅛ sdt soda bikarbonat

Arahan

Lain kali masak

Roti sosej

Roti bakeri yang klasik, dari rumah

Roti sosej

Roti goreng

Untuk minum petang mudah dan enak

Roti goreng

Kari ayam berkrim dan berempah

Ini bukan kari mak awak

Kari ayam berkrim dan berempah

Lain kali masak

Roti sosej
Roti goreng
Kari ayam berkrim dan berempah
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk