Periuk logo
Periuk logo
Roti goreng

Ibu Dzeti memang tidak suka membazir makanan, jadi dia mereka kudapan minuman petang ini untuk menghabiskan roti yang sudah lepas tarikh luputnya. Lagi sedap kalau ibunya menggunakan roti dari penjual roti jalanan—berlemak dan seaakan bantal. Kalau terbau bawang digoreng pada waktu petang, Dzeti tahu yang masa telah tiba untuk roti goreng dan secawan teh.

Roti goreng

oleh Dzeti Zait

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

4 sdm minyak sayuran

1 bawang besar, dikupas dan dihiris nipis

4 cili padi ATAU 2 cili merah besar, dihiris nipis (ikut suka)

2 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang

1 tomato ATAU 7 tomato ceri, didadu

2 telur, dipukul

Garam secukup rasa

Lada hitam, dikisar segar (secukup rasa)

12 keping roti yang sudah sedikit kering

1 batang daun bawang, dihiris nipis (ikut suka)

SOS

2 sdm sos cili

2 sdm sos tomato

1 sdm kicap cair

½ sdt gula

  1. Hiris atau carik roti kering ke kepingan bersaiz 2″.
  2. Panaskan kuali menggunakan api sederhana dan tuangkan minyak sayuran apabila panas. Bila minyak mula berkilau, masukkan bawang besar dan cili (jika digunakan) dengan secubit garam. Goreng untuk lebih kurang 3-5 minit sehingga bawang besar mula lembut dan bertukar warna.
  3. Apabila bawang besar sudah lembut, masukkan bawang putih dan goreng untuk seminit lagi.
  4. Masukkan tomato dan kacau rata. Letak penutup di atas kuali dan masak untuk 4-5 minit sehingga tomato menjadi lembut. Apabila tomato sudah lembut, alihkan penutup dan terus menggoreng untuk 1-2 minit lagi sehingga pecah minyak.
  5. Tuangkan sos dan kacau rata, dan tambah 1-2 sdm air jika terlalu kering. Pastikan yang sos mencukupi untuk menyaluti roti.
  6. Apabila sos mula mendidih, masukkan kepingan roti dan kuatkan api ke nyalaan besar. Kacau untuk menyaluti roti dengan sos. Kalau roti masih keras dan tidak berapa menyerap sos, letak penutup di atas kuali dan kecilkan api ke nyalaan sederhana, dan terus masak untuk lebih kurang 1 minit untuk melembutkan roti.
  7. Apabila roti telah disaluti sos, kuatkan api kembali ke nyalaan besar dan tuangkan telur yang telah dipukul. Kacau rata untuk menyaluti roti dengan telur. Kepingan ‘telur dadar’ kecil yang tidak melekat pada roti itu enak, jadi jangan risau kalau bukan semua telur melekat pada roti.
  8. Tutup api. Tabur hirisan daun bawang ke atas roti goreng dan hidangkan.

Panduan

  • Kalau roti terlalu keras, masukkan ke dalam ketuhar microwave untuk 30 saat dan mencarikkannya ke kepingan kecil.
  • Dzeti kini menghidangakan roti goreng bersama mayonis sebagai sos pencecah, dan kami sangat mengesyorkannya.
  • Sos-sos gorengan boleh diganti dengan pelbagai sos cili dan tomato. Dzeti pernah membuat resepi ini dengan sos Sriracha, puri tomato, dan sos cili manis.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Ubi kayu goreng

Pantas, murah, dan mengenyangkan

Ubi kayu goreng

Jemput-jemput ubi kayu

Kudapan minum petang yang klasik

Jemput-jemput ubi kayu

Kek mentega mewah

Kudapan petang yang mewah

Kek mentega mewah

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk