Periuk logo
Periuk logo
Roti sosej

Amanda ingin mereka semula tekstur roti sosej yang  lembut dan gebu. Jadi, untuk resepi ini, dia menggunakan pelembut adunan, penambah baik roti, dan sedikit keajaiban iaitu kaedah tangzhong. Hasilnya sama betul dengan yang dijual di kedai roti Cina – gebu, sedikit manis, dan penuh nostalgia.

Roti sosej

oleh Amanda Nell Eu

Hidangan: 10 ban

Masa penyediaan: Banyak bersabar

Hidangan: 10 ban

Masa penyediaan: Banyak bersabar

TANGZHONG:

20g tepung roti

100g air 

ADUNAN (BAHAN KERING):

330g tepung roti

35g gula

14g tepung susu

7g garam

4g yis segera

1.2g penambah baik roti

1.6g pelembut adunan

ADUNAN (BAHAN BASAH):

95g air suam

1 telur besar (suhu bilik)

20g mentega tanpa garam, dipotong kepingan kecil (suhu bilik)

10 sosej pilihan anda

EGG WASH:

1 telur

1 sdt air

1 sdm biji bijan dipanggang (pilihan)

AIR GULA:

2 sdt gula

2 sdt air panas

  1. Masukkan bahan tangzhong dalam periuk kecil. Pasang api rendah dan mula pukulkan campuran. Pukul hingga pekat macam pes, lebih kurang 5-10 minit. Setelah pekat, kaut campuran itu ke dalam mangkuk berasingan untuk sejukkan ke suhu bilik. 
  2. Masukkan semua bahan kering (kecuali yis) ke dalam mangkuk pengadun makanan. Gunakan dough hook dan tetapkan pengadun makanan kepada kelajuan rendah. Putar selama 1 minit.
  3. Tambahkan yis dan putar selama 10 saat. 
  4. Tambahkan semua bahan basah, kecuali mentega, ke mangkuk adunan. Putar selama 5 minit pada kelajuan sederhana atau sehingga adunan merupai bebola.
  5. Sambil pengadun makanan masih terpasang, tambahkan mentega, sekeping demi sekeping sehingga adunan licin dan berkilat. Terus mengadun selama 10-12 minit supaya gluten akan lebih mengembang.
  6. Pada ketika ini, adunan sepatutnya cukup lembut untuk dibentuk menjadi bola licin. Anda boleh mengadun dengan tangan supaya boleh merasa bentuk dan teksturnya. Buat ujian poke and windowpane untuk pastikan sama ada adunan sudah sedia.
  7. Masukkan adunan ke mangkuk yang dah disapu minyak. Tutupkan mangkuk menggunakan plastik pembalut makanan atau kain dapur yang bersih dan lembap, dan biarkan adunan untuk proof selama 1 jam.
  8. Kalau sosej masih beku, celurkan dengan air mendidih. Secara teknikal, sosej memang sudah masak, jadi ia hanya perlu dicelurkan selama 2-3 minit, asalkan sosejnya dah tidak sejuk.
  9. Selepas 1 jam proofing atau saiz bola adunan berkembang dua kali ganda, pukul adunan hingga leper untuk keluarkan anginnya. 
  10. Timbang berat adunan dan bahagikan kepada 10 bahagian sama berat.
  11. Rehatkan 10 bahagian itu di bawah plastik pembalut makanan atau kain dapur yang bersih dan lembap selama 20 minit. 
  12. Dengan tangan anda, gulung perlahan-lahan setiap kepingan doh menjadi tali yang 3 ½ kali panjang sosej, dan pastikan hujungan tali adunan itu lagi nipis dari tengahnya. Kemudian, gulungkan tali itu keliling sosej, dan pastikan yang hujungnya dilipat di belah bawah agar hasilnya kemas. Ulang lagi untuk 9 bahagian adunan dan sosej lain.
  13. Lapiskan dulang pembakar dengan kertas pembakar and susunkan ban atas dulang dengan jarak 2″ antara satu sama lain. Biarkan ban mengembang selama 40 minit hingga 1 jam, ditutupi dengan filem pembalut makanan atau kain dapur yang bersih dan lembap.
  14. Letakkan rak di tengah ketuhar dan panaskan pada suhu 175°C. Pukul bahan egg wash di dalam sebuah mangkuk. Sapukan egg wash pada ban dengan berus pastri. Kalau anda menggunakan biji bijan panggang, boleh taburkan sekarang.
  15. Bakar roti selama 14-15 minit, dan putar kedudukan dulang pembakar pada minit ke 7. 
  16. Semasa roti dibakar, campurkan gula dengan air panas untuk membuat air gula. Sebaik sahaja roti keluar dari ketuhar, sapu dengan air gula untuk menghasilkan kilauan yang indah dan menambah rasa manis pada roti.

Panduan

  • Kalau tidak ada mesin adunan atau dough hook, adunan ini boleh diuli dengan tangan bagi tangan dan lengan anda bersenam, dan juga sedikit pengalaman zen. Jangan guna hand mixer.
  • Tepung roti juga dikenali sebagai tepung berprotein tinggi.
  • Penambah baik roti dan pelembut adunan boleh didapati di kedai bekalan baking dan dalam talian.
  • Skala mikro diperlukan untuk resipi ini. Ia juga boleh didapati di kedai bekalan baking dan dalam talian. Dapatkan satu yang mempunyai ketepatan 0.1g.
  • Anda boleh bekukan roti sosej selepas langkah 12. Sehari sebelum anda nak masak roti, alihkan ke peti ais selama 1 malam. Pada hari nak masak, keluarkan roti sosej dan biarkan ia atas kaunter dapur hingga adunan berkembang dua kali ganda. Bakar ikut arahan. Boleh juga bekukan roti sosej selepas siap masak dan panaskan dalam ketuhar atau ketuhar gelombang mikro.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Sarak diilhamkan kerabu

Sarak berbentuk salad

Sarak diilhamkan kerabu

Roti babi

Hidangan klasik kopitiam dari rumah

Roti babi

Popiah goreng

Popiah goreng cara kami

Popiah goreng

Lain kali masak

Sarak diilhamkan kerabu
Roti babi
Popiah goreng
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk