Periuk logo
Periuk logo
Kari ayam berkrim dan berempah

Kari yang cukup berkrim dan berempah ini  merupakan salah satu resepi pertama yang Vigny belajar dari Amma-nya. Apabila dia mula memasak dengan lebih kerap, resepi ini berubah mengikut citarasanya. Sekarang Vigny menyediakan kari ini untuk parti atau bila-bila sahaja dia mengidam kari yang pekat. Hidangkan kari ini bersama nasi, roti, roti canai, naan, ataupun mihun goreng sempoi untuk hidangan yang amat mengenyangkan.

Mangkuk dari Ilham Ceramic Studio.

Kari ayam berkrim dan berempah

oleh Vigny Raj

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

AYAM & PERAPAN

2 thigh ayam dan 2 paha ayam (drumstick)

1 ½ sdm serbuk kari daging

1 sdt serbuk kunyit

½ sdm serbuk cili

1 sdm pes halia & bawang putih

1 batang daun kari, diasingkan dari ranting

UNTUK MASAK

2 sdm minyak masak

1 sdm minyak sapi

1 batang kayu manis

1 sdt jintan manis

2 bunga cengkih

3 buah pelaga

1 bunga lawang

2 bawang merah besar, dihiris nipis

4 ulas bawang putih, dihiris nipis

3 cili kering merah besar, dikerat seinci

¾ sdm serbuk ketumbar

1 sdm pes halia & bawang putih

Garam secukup rasa

1 cili merah besar, dihiris nipis

1 tomato, dipotong lapan

2 ½ sdm serbuk kari

2 ubi kentang, dikupas dan dipotong lapan

2 cili padi, dipotong dua secara memanjang (ikut suka)

150ml santan

MINYAK GORENG

½ sdm minyak masak

1 sdm minyak sapi

1 bawang merah besar, dihiris nipis

  1. Perapkan ayam di dalam bahan perapan untuk sekurang-kurangnya 30 minit.
  2. Apabila sedia untuk memasak, panaskan periuk menggunakan api kecil, kemudian masukkan 2 sdm minyak masak dan 1 sdm minyak sapi.
  3. Apabila lemak masakan telah cair dan mula berkilau, masukkan kayu manis, jintan manis, bunga cengkih, buah pelaga, dan bunga lawang. Tumis rempah ini untuk seminit, kemudian masukkan daun kari, hirisan 2 bawang merah besar dan hirisan bawang putih. Kuatkan api ke nyalaan sederhana.
  4. Masukkan 3 cili kering merah yang telah dikerat dan tumis untuk lebih kurang satu minit sebelum memasukkan serbuk ketumbar. Tambah 1 sdm pes halia & bawang putih dengan garam secukup rasa.
  5. Selepas lebih kurang 30 saat, masukkan cili merah dihiris dan tomato.
  6. Apabila bawang mula lembut (selepas lebih kurang 10 minit), masukkan ayam yang diperap dan kuatkan api ke nyalaan tinggi. Gaul rata dan masak ayam until lebih kurang 5 minit sehingga daging ayam menjadi putih.
  7. Perlahankan api ke nyalaan sederhana dan masukkan 2 sdm serbuk kari. Gaul rata. Tutup periuk dan masak dengan api sederhana untuk lebih kurang 5 minit. Periksa selalu untuk memastikan yang dasar periuk tidak mula hangus. Kalau kelihatan terlalu perang, masukkan sedikit air dan teruskan memasak.
  8. Selepas lebih kurang 5 minit, masukkan 2 ½ cawan air bersama kentang yang dipotong. Kacau rata dan teruskan memasak menggunakan api sederhana sehingga kentang masak. Kacau sekali-sekala untuk memastikan dasar periuk tidak hangus. Masukkan cili padi jika suka pada waktu ini.
  9. Apabila kentang dan ayam telah masak sepenuhnya, perasakan supaya seimbang. Masukkan santan dan renihkan untuk 5 minit lagi.
  10. Semasa santan sedang merenih dalam kuah kari, panaskan periuk kecil berasingan menggunakan nyalaan api sederhana. Masukkan ½ sdm minyak masak dan 1 sdm minyak sapi.
  11. Apabila lemak masakan telah cair dan mula berkilau, masukkan potongan 3 cili kering merah.
  12. Selepas lebih kurang seminit, masukkan hirisan 1 bawang merah besar dan tumis sehingga mula perang. Kemudian masukkan daun kari dari sebatang daun kari dan goreng untuk 30 saat lagi.
  13. Matikan api untuk kedua-dua periuk. Masukkan minyak dengan ramuan yang digoreng tadi ke atas kari yang sudah siap.
  14. Hidangkan semasa masih hangat.

Panduan

  • Daging lain boleh digunakan tetapi masa masakan akan berbeza. Makanan laut akan mengambil masa lebih singkat dan daging merah akan mengambil masa lebih lama. Pastikan anda mengasingkan sedikit daging daripada periuk dan menghirisnya di atas papan potong untuk menguji kalau ia sudah masak.
  • Jika taknak guna santan, boleh guna krim masakan. Ini tidak perlu direnih lama dan api boleh ditutup selepas krim masakan dimasukkan.
  • Pes halia & bawang putih boleh dibuat dengan jumlah sama dengan halia dan bawang putih, ditumbuk lumat menggunakan lesung batu.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Varuval kambing

Daging rebus berkuah masala manis-pedas

Varuval kambing

Acar mangga manis

Adakah ini acar? Lauk? Atau manisan?

Acar mangga manis

Sambal ikan halba

Rempah halba berlimpah di dalam lauk ini

Sambal ikan halba

Lain kali masak

Varuval kambing
Acar mangga manis
Sambal ikan halba
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk