Periuk logo
Periuk logo
Varuval kambing

Varuval ini adalah lauk yang paling digemari di dalam rumah Premarani, sampai keluarganya tuntut setiap Deepavali. Varuval ini mempunyai perisa yang mengikuti citarasa Malaysia dengan tambahan dua jenis kicap dan campuran rempah yang unik. Lauknya gelap dan kering, dan semakin enak rasanya apabila dihidang dengan nasi ghee. Di rumah Premarani, lauk ini dihidangkan sebagai pembuka selera bagi tetamunya, dan diletakkan dalam pinggan kecil untuk setiap orang. Kalau anda bernasib baik dapat melawat rumahnya sebagai tetamu, memang senang makan varuval ini dengan cepat tanpa sedar, sambil menonton siri Tamil dan minum bir sejuk.

Varuval kambing

oleh Premarani Somu

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

UNTUK KAMBING:

1kg kambing, sebaik-baiknya daging tanpa tulang dari kaki, dipotong

1 sdm bawang putih, ditumbuk menjadi pes

2 sdm halia, ditumbuk menjadi pes 

1 sdt serbuk kunyit

1 sdm garam

Air, secukupnya

UNTUK REMPAH SANGAI:

1 sdt jintan putih

1 sdt biji jintan manis

UNTUK VARUVAL:

3 sdm minyak masak

3 batang kulit kayu manis 

4 buah pelaga hijau

2 bunga lawang

½ sdt jintan putih

½ sdt jintan manis

4 bawang merah saiz sedang, satu dipotong dadu, tiga lagi dihiris

2 sdm serbuk cili

1 ½ sdm kicap pekat

1 sdm kicap manis

1 bawang kuning saiz sedang, dihiris atau dipotong bulat

1 sdt garam masala

½ sdt serbuk kayu manis

Garam secukup rasa

1 cili merah, dihiris serong

2 daun bawang, dihiris

2 tangkai daun ketumbar, batang lembut dan daun dipotong kasar

MASAK KAMBING:

  1. Dalam mangkuk besar, masukkan kambing, bawang putih, halia, kunyit, dan garam. Gaul sebati.
  2. Alihkan kambing ke dalam kuali atau periuk besar dan tuangkan air yang mencukupi supaya ia menutupi daging kambing kira-kira dua inci. Pasang api sederhana, tutupkan kuali atau periuk, dan biar daging rebus selama satu jam atau sampai menjadi empuk. Tambahkan air jika perlu.
  3. Setelah kambing masak, tapiskan kambing dan asingkan. Simpankan air rebusan. 

REMPAH SANGAI:

  1. Semasa kambing sedang dimasak, masukkan 1 sdt jintan putih dan 1 sdt jintan manis ke dalam pan kecil. Sangai menggunakan api kecil selama beberapa minit sampai naik bau. Alihkan ke piring dan biarkan sejuk.
  2. Bila rempah sudah sejuk, gunakan pengisar rempah, pengisar kopi, atau lesung batu untuk kisarkan rempah menjadi serbuk halus. Ketepikan serbuk rempah. 

MASAK VARUVAL:

  1. Panaskan kuali atau periuk besar menggunakan api sederhana tinggi. Tuangkan minyak masak.
  2. Bila minyak berkilau, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, jintan putih, dan jintan manis. Tumis sehingga naik bau.
  3. Tambahkan satu bawang merah yang dipotong dadu dan tumis hingga layu.
  4. Tambahkan serbuk cili dan kambing. Gaul rata. Tambahkan tiga bawang merah yang dihiris dan gaul lagi sekali. Perlahankan api dan masak selama 20 minit atau bila serbuk cili hilang rasa mentahnya. Kalau kuah terlalu kering, tambahkan satu atau dua sudu air rebusan kambing yang disimpan tadi.
  5. Tambahkan kicap pekat, kicap manis, dan bawang kuning. Gaulkan hingga campuran menjadi gelap dan kicap menyalut kambing dan bawang.
  6. Tambahkan serbuk rempah panggang, garam masala, dan serbuk kayu manis. Gaul sebati dan masak lagi beberapa minit. Tambah garam secukup rasa. 
  7. Tutup api, taburkan cili merah, daun bawang, dan daun ketumbar sebagai hiasan lauk.

Panduan

  • Masukkan sumsum tulang kalau nak. Campuran daging berlemak dan daging tanpa lemak boleh digunakan untuk mendapat kuah yang berminyak. Daging kambing biri-biri atau kambing biasa juga boleh digunakan.
  • Daging kambing juga boleh dimasak dalam periuk tekanan mengikuti arahan yang ada di periuk tersebut. Dinasihati tunggu hingga 4 ke 5 bunyi wisel untuk mendapat daging kambing empuk.
  • Lauk ini sepatutnya kering dan masala melekat pada daging. Jangan terlebih tambahkan air selepas serbuk cili dan daging kambing dimasukkan ke periuk, atau nanti masala akan cair dan tidak melekat ke daging.
  • Kalau anda mahu warna gelap yang hampir hitam, lebihkan kicap pekat. Tapi jaga-jaga, kalau terlebih kicap pekat, lauk akan terlalu manis. Premarani syorkan Karamel Masakan Kicap Pekat Cheong Chan (Cap Gajah) untuk lauk ini.
  • Nota penyunting: Kalau anda suka sup kambing mamak, simpankan air rebusan ini untuk memasak resepi kegemaran anda.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Keema kambing dan kentang

Sos daging yang perlu anda tahu

Keema kambing dan kentang

Kari ayam berkrim dan berempah

Ini bukan kari mak awak

Kari ayam berkrim dan berempah

Sambal ikan halba

Rempah halba berlimpah di dalam lauk ini

Sambal ikan halba

Lain kali masak

Keema kambing dan kentang
Kari ayam berkrim dan berempah
Sambal ikan halba
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk