Periuk logo
Periuk logo
Acar mangga manis

Acar ini agak manis dan merupakan lauk yang sangat enak apabila dipadankan dengan lauk-lauk lain. Leela juga mencadangkan untuk menikmatinya sebagai manisan, dan kami telah mencubanya bersama ais krim vanila—memang enak sekali. Acar ini tahan di dalam peti sejuk kerana kandungan gulanya, dan lebih lama disimpan, lebih lembut isinya.

Mangkuk dari Ilham Ceramic Studio.

Acar mangga manis

oleh Leela Chakrabarty

Hidangan: 10

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Acar mangga manis

Hidangan: 10

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

2 mangga muda atau belum masak

2 sdm minyak masak

1 sdt biji sawi

1 batang kayu manis

1-2 cili kering merah

20g kismis hitam

2″ halia, diketuk atau dihiris nipis

¼ sdt serbuk kunyit

500ml air

1 cawan gula

½ sdt garam

1 cili merah hidup, dipotong separuh memanjang

  1. Cuci dan kupas mangga. Hiris secara memanjang dalam bentuk baji dan buang bijinya.
  2. Panaskan kuali menggunakan api sederhana, dan masukkan minyak masak. Apabila minyak mula berkilau, masukkan biji sawi, kayu manis, dan cili kering merah.
  3. Apabila biji sawi mula meletup, masukkan kismis hitam dan goreng untuk lebih kurang 2 minit.
  4. Masukkan halia, mangga, dan serbuk kunyit. Tumis untuk 1-2 minit.
  5. Tuangkan air dan didihkan. Tutup kuali dan masak untuk 10-12 minit.
  6. Gaulkan gula ke dalam isi kuali dan didih tanpa penutup sehingga kuah telah memekat dan menyalut hirisan mangga. Masukkan cili merah hidup dan tutup api.
  7. Acar ini sedia dihidangkan apabila telah menyejuk ke suhu bilik.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Kari mangga Mrs Menon

Kari buah seimbang dengan rempah ratus

Kari mangga Mrs Menon

Keema kambing dan kentang

Sos daging yang perlu anda tahu

Keema kambing dan kentang

Shukto

Lauk Benggali yang pahit tapi lazat

Shukto

Lain kali masak

Kari mangga Mrs Menon
Keema kambing dan kentang
Shukto
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk