Periuk logo
Periuk logo
Kari mangga Mrs Menon

Mrs Menon seorang kawan keluarga Darren. Setiap tahun untuk Onam, suatu perayaan pesta Malayali, Mrs Menon akan menjemput keluarga Darren untuk makan sadhya. Lauk kari mangga inilah yang biasa dihidang di sadhyanya. Kari ini dihidang di restoran Dewakan selama 4 tahun sebelum ia dihentikan tahun lepas, tetapi kekal sebagai salah satu kari kegemaran Darren. Rasa manis mangga dilengkap dengan aroma rempahan dan menjadikan lauk ini sesuai dimakan dengan nasi ponni.

Kari mangga Mrs Menon

oleh Darren Teoh

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

UNTUK KARI

2 sdm minyak kelapa

6-7 bawang merah kecil, dikupas dan dihiris

4 cili hijau, dibuang bijinya dan dihiris

30g halia, dicincang

½ tangkai daun kari, dipetik dan dibahagi dua

1 sdt jintan manis, ditumbuk

4 mangga, dikupas dan dipotong dadu (buang bijinya) 

400g air (bergantung pada rasa dan kematangan mangga)

100g santan, perahan pertama

150g air asam jawa

Garam secukup rasa

UNTUK TEMPERING

2 sdm minyak kelapa

½ tangkai daun kari

2 cili kering, potong dua memanjang

1 sdt biji sawi

  1. Letakkan kuali di atas nyalaan api sederhana. Tuangkan minyak kelapa dan bila ia berkilau, tambahkan bawang merah kecil, cili hijau, dan halia. Tumis sehingga naik bau, lebih kurang 2-3 minit.
  2. Masukkan separuh daun kari dan semua jintan manis. Tumiskan campuran rempah selama 3-4 minit, sehingga hirisan bawang mula lembut.
  3. Tambahkan dadu mangga dan gaul sebati. Masak sehingga mangga hancur, lebih kurang 10-15 minit. Kalau mangga mula melekat pada bahagian bawah periuk, tambahkan air secukupnya untuk menutupi mangga yang ada dalam kuali.
  4. Tambahkan santan dan air asam jawa, kemudian perasakan. Perisanya harus sedikit masam daripada mangga dan asam jawa dan berlemak daripada santan.
  5. Perasakan kari dengan garam, sedikit-sedikit. Rasa kari setiap kali garam ditambah sehingga cukup rasa.
  6. Tutupkan api dan alihkan kuali. Kuah kari seharusnya tidak terlalu berketul. Kepekatan kari boleh diubahsuai dengan air, air asam jawa, atau santan, bergantung kepada rasa yang digemari. 
  7. Dalam kuali yang asing, tuangkan 2 sdm lagi minyak kelapa. Apabila minyak berkilau, tambahkan cili kering, biji sawi, dan daun kari. Apabila biji sawi mula meletup, tutup api dan tuangkan ke atas kari mangga.
  8. Hidangkan kari panas-panas dengan parboiled rice dan lauk-lauk sadhya lain.

Panduan

  • Gunakan mangga yang paling segar. Mangga tempatan biasanya rasa manis-masam dan sangat sesuai untuk kari ini. Mangga yang terlalu manis tidak begitu sesuai untuk digunakan.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Poriyal kacang buncis

Kacang hijau berempah penuh berperisa

Poriyal kacang buncis

Acar mangga manis

Adakah ini acar? Lauk? Atau manisan?

Acar mangga manis

Masala labu

Labu empuk dan berempah

Masala labu

Lain kali masak

Poriyal kacang buncis
Acar mangga manis
Masala labu
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk