Periuk logo
Periuk logo
Peratal daging lembu

Neelamalar biasanya memasak resepi ini apabila ayahnya mengidam daging lembu. Peratal ini sering dihidang semasa perayaan seperti Tahun Baru Tamil dan Ponggal. Terdapat banyak daun pandan di kawasannya, jadi Neelamalar menambah beberapa helai daun pandan kepada lauk ini. Lauk ini amat berempah dan sedikit berkuah, enak dimakan bersama nasi. Baca tentang prasangka terhadap pemakanan daging lembu oleh kaum Dalit di Semenanjung Malaysia.

Peratal daging lembu

oleh Neelamalar Tangakrishnan

Neelamalar biasanya memasak resepi ini apabila ayahnya mengidam daging lembu. Peratal ini sering dihidang semasa perayaan seperti Tahun Baru Tamil dan Ponggal. Terdapat banyak daun pandan di kawasannya, jadi Neelamalar menambah beberapa helai daun pandan kepada lauk ini. Lauk ini amat berempah dan sedikit berkuah, enak dimakan bersama nasi. Baca tentang prasangka terhadap pemakanan daging lembu oleh kaum Dalit di Semenanjung Malaysia.

Hidangan: 6

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 6

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

SERBUK REMPAH CAMPURAN:

2 sdm biji lada hitam (lebih jika mahu)

2 sdm biji jintan putih (lebih jika mahu)

1 sdm biji jintan manis

1 sdm biji ketumbar

CILI GILING:

200g cili kering

PES HALIA & BAWANG:

2″ halia, dikopek

2 labu bawang putih, dikopek

3 bawang merah besar, dikopek

RAMUAN PERATAL:

500g daging lembu, dipotong dadu

2 sdt garam

1 sdt serbuk kunyit

1 sdt serbuk jintan putih

1 sdt serbuk jintan manis

1 sdt serbuk ketumbar

2 sdt garam masala

2 lembar daun pandan

2 hirisan besar halia

4 biji ubi kentang, dibasuh bersih dan dipotong dadu (tidak perlu dikopek)

200ml minyak kelapa

1 bawang merah besar, dikopek dan dicincang

1 tangkai besar daun kari (ambil daun kari sahaja)

1 batang besar kayu manis

3 bunga lawang

8 bunga cengkih

3 buah pelaga

1 sdm biji jintan putih

1 sdm biji jintan putih

1 sdm biji ketumbar

4 biji tomato, dicincang

½ sdt MSG

400ml santan

  1. Siapkan serbuk rempah campuran: Bilas biji rempah dengan air bersih dan masukkan ke dalam kuali. Pasang api ke nyalaan sederhana kecil dan sangai sehingga rempah bertukar warna keperangan. Alihkan rempah serta-merta ke pinggan berlainan. Apabila rempah sudah suam, kisar sehingga halus menggunakan lesung batu atau pengisar rempah.
  2. Siapkan cili giling: Gunakan gunting dapur untuk memotong cili kering menjadi hirisan halus. Buang tangkai dan bijinya. Masukkan potongan cili kering ke dalam periuk dan tuangkan air secukupnya. Didih menggunakan nyalaan api besar sehingga hirisan cili menjadi lembut. Tapis dan giling sehingga lumat. Anda boleh menggunakan batu giling ataupun blender (tambah sedikit air supaya ramuan boleh diblend dengan baik).
  3. Siapkan pes halia & bawang: Kisar halia, bawang putih, dan bawang merah besar sehingga lumat menggunakan lesung batu atau blender (tambah sedikit air supaya ramuan boleh diblend dengan baik).
  4. Ke dalam periuk tekanan, masukkan potongan daging, 4 sdm pes halia & bawang, 1 sdt garam, ½ sdt serbuk kunyit, 1 sdt serbuk jintan putih, 1 sdt serbuk jintan manis, 1 sdt serbuk ketumbar, 1 sdt garam masala, 1 lembar daun pandan (diikat), 1 hirisan besar halia, potongan ubi kentang, dan 500ml air . Tutup periuk tekanan dan masak menggunakan api sederhana sehingga 7-10 siulan. Jika menggunakan periuk tekanan elektrik, gunakan mod tekanan tinggi dan masak selama 40 minit. Setelah masak, asingkan potongan ubi kentang.
  5. Tuangkan minyak kelapa ke dalam kuali besar dan pasang api ke nyalaan sederhana. Masukkan bawang cincang, 1 hirisan besar halia, daun kari, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, 1 lembar daun pandan (diikat), biji jintan putih, biji jintan manis, dan biji ketumbar. Tumis sehingga bawang layu dan rempah mula berwarna perang keemasan.
  6. Masukkan 5 sdm pes halia & bawang dan 4 sdm cili giling. Tumis selama 7-10 minit sehingga pecah minyak. Masukkan tomato cincang bersama daging masak dan air masakan daging (jangan masukkan ubi kentang dulu). Tambahkan ½ sdt serbuk kunyit, 2 sdm serbuk rempah campuran, 1 sdt garam masala, 1 sdt garam, dan ½ sdt MSG. Kacau rata dan masak selama lebih kurang 10 minit. Setelah kuah mendidih, kecilkan api ke nyalaan sederhana kecil.
  7. Selepas lebih kurang 15 minit, apabila kuah mula berkurangan, masukkan potongan kentang bersama santan dan kacau sehingga warna kuah kembali perang. Sentiasa kacau supaya tidak hangus di bawah.
  8. Masukkan ½ sdt serbuk rempah campuran dan kacau sehingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan MSG jika diperlukan.

Panduan

  • Jika anda tiada periuk tekanan, masak daging lembu seperti di langkah 4 selama 2 jam menggunakan periuk besar sehingga lembut, kemudian ikuti langkah seterusnya.
  • Serbuk rempah campuran boleh bertahan selama 1 bulan dan boleh digunakan untuk memasak lauk lain seperti sambar dan kari.
  • Resepi ini boleh dibuat dengan daging rusa dan daging kerbau.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Varuval kambing

Daging rebus berkuah masala manis-pedas

Varuval kambing

Rendang goreng

Bila anda teringin rendang dengan pantas

Rendang goreng

Kari ayam berkrim dan berempah

Ini bukan kari mak awak

Kari ayam berkrim dan berempah

Lain kali masak

Varuval kambing
Rendang goreng
Kari ayam berkrim dan berempah
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk