Periuk logo
Periuk logo
Rendang goreng

Terus terang pada mulanya, Alia berfikir biar benar rendang rangup ini boleh dimasak? Tetapi bila tiba masanya untuk membuang sekuali minyak, dia membuat keputusan untuk mencuba cara lain, dan merujuk kepada daging goreng kering ala Sichuan. Lauk yang dihasilkan mempunyai daging yang kenyal tapi lembut, dan penuh dengan perisa rendang.

Pinggan dari Ilham Ceramic Studio.

Rendang goreng

oleh Alia Ali
Alia Ali

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Rendang goreng

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

PES TUMIS

4 bawang merah kecil, dikupas

3 ulas bawang putih, dikupas

1 ½” halia, dikupas

1″ kunyit hidup, dikupas

1″ lengkuas, dikupas

2 batang serai, bahagian putih sahaja

6 cili kering merah, batang dikerat dan direndam air panas untuk 30 minit

SERBUK REMPAH

½ sdt jintan putih

½ sdt jintan manis

1 ½ sdt biji ketumbar

UNTUK MEMASAK

4 sdm minyak masak, boleh tambah lagi apabila perlu

500g daging lembu untuk menggoreng (dibuang lemak), dihiris nipis melawan arah urat daging (ketebalan 1cm)

1 sdm kerisik

1 daun kunyit bersaiz sedang, dihiris halus

2 daun limau purut, dihiris halus

100ml santan (jika suka)

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

  1. Tapiskan cili kering yang direndam, dan kisar ramuan pes tumis menggunakan lesung batu, blender, atau pemproses makanan.
  2. Sangai rempah untuk serbuk rempah tanpa minyak menggunakan kuali sehingga hangat, harum, dan hanya sedikit keperangan. Kisar menggunakan pengisar rempah atau lesung batu.
  3. Panaskan kuali menggunakan api sederhana tinggi. Apabila kuali panas, tuangkan 2 sdm minyak masak dan gerakkan kuali supaya minyak melitupi permukaannya. Masukkan hirisan daging satu lapisan.
  4. Kacau setiap minit untuk 10 minit dan pastikan daging dibiarkan seketika antaranya supaya warna daging bertukar perang. Warna daging seharusnya perang dan digoreng. Jangan risau kalau banyak air keluar dari daging kerana ia akan mengering apabila anda terus menggoreng. Jika kelihatan seperti ia akan hangus atau melekat sebelum selesainya 10 minit, tambahkan lagi minyak, satu sudu kecil demi sesudu.
  5. Apabila daging telah perang dan digoreng, alihkan dari kuali ke dalam mangkuk dan ketepikan.
  6. Menggunakan kuali yang sama, masukkan 2-3 sdm minyak masak dan nyalakan api sederhana. Kuali masih panas jadi ia tidak akan mengambil masa lama untuk hangat kembali. Masukkan bahan tumis dan tumis sehingga pecah minyak, lebih kurang 10 minit.
  7. Masukkan serbuk rempah disangai, kerisik, garam dan gula secukup rasa, dan gaul rata. Anda juga boleh menuang sedikit air jika kelihatan seperti bahan tumis akan hangus.
  8. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut yang dihiris, dan santan mencukupi untuk menjadikan kuah yang agak pekat (jika suka).
  9. Kembalikan daging goreng kepada kuali dan gaul bersama tumisan rempah dengan rata. Perasakan dan seimbangkan perisa jika perlu.
  10. Hidangkan semasa hangat bersama nasi atau roti bakar.

Panduan

  • Tambahkan seberapa banyak atau sikit santan yang anda suka untuk membentuk kuah. Kalau anda mahukan lauk yang kering, santan tidak perlu digunakan.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Hati daging goreng pengantin

Bila anda mengidam lauk kenduri

Hati daging goreng pengantin

Sambal sardin

Sambal makan malam yang pedas dan sedap

Sambal sardin

Ayam asam rong

Sekali makan, pasti mengidam

Ayam asam rong

Lain kali masak

Hati daging goreng pengantin
Sambal sardin
Ayam asam rong
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk