Resepi tradisional ini berasal dari Jerantut, Pahang, dan telah tersebar ke kawasan berdekatan dalam negeri ini. Asam rong terkenal terutamanya di Raub, dan orang ramai akan beratur panjang di kedai-kedai nasi campur yang menjual lauk ini. Masaklah sepedas mana yang anda boleh tahan!
Pinggan mangkuk dari Ilham Ceramic Studio.

Hidangan: 4
Masa penyediaan: Kena rajin sikit
Hidangan: 4
Masa penyediaan: Kena rajin sikit
100g asam rong (juga dikenali sebagai asam rom)
500g ayam, dipotong bahagian kecil
1 genggam cili padi (atau lebih), ditumbuk halus
1-2 kunyit hidup sebesar ibu jari, ditumbuk halus
1 gugus kecil terung pipit
1 daun pijat (juga dikenali sebagai daun kesing atau daun cemomok)
½ keledek, dipotong baji
2 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Penyediaan asam rong:
Tanya penjual yang menjual asam rong itu kepada anda — ada yang menjualnya sedia untuk dimasak dan anda tidak perlu buat apa-apa lagi persediaan, ada pula keluarga yang memilih untuk merendam asam rong di dalam air panas untuk 10 minit kemudian menapis dengan tapis halus. Ini akan mempengaruhi tekstur akhir lauk ini — asam rong yang tidak direndam akan menghasilkan kuah yang lebih likat dan asam rong yang direndam akan menghasilkan kuah yang lebih cair.