Periuk logo
Periuk logo
Pâté hati ayam

Pâté hati ayam versi Malaysia ini menggantikan kebanyakkan perisa klasik Eropah dengan rasa menarik herba tempatan. Ia juga sesuai sebagai makanan tengah hari ringan atau hidangan utama pada pesta perayaan. Tambahkan herba jika mahu, tapi jangan kedekut lihing tau.

Pâté hati ayam

oleh Alia Ali
Alia Ali

Pâté hati ayam versi Malaysia ini menggantikan kebanyakkan perisa klasik Eropah dengan rasa menarik herba tempatan. Ia juga sesuai sebagai makanan tengah hari ringan atau hidangan utama pada pesta perayaan. Tambahkan herba jika mahu, tapi jangan kedekut lihing tau.

Hidangan: 8

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 8

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

250g hati ayam

4 sdm mentega

2 bawang merah kecil, dikupas dan dicincang

2 cili kering, dipotong 1″

1 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang

1 tangkai daun kesum, dipetik

1 bunga kantan, dipotong empat memanjang

Garam secukup rasa

Lada hitam secukup rasa, ditumbuk

2 sdm santan

2 sdm lihing

2 sdm mentega, dicairkan (sebagai pengedap pâté)

  1. Siang urat dan lemak dari hati ayam, kemudian basuhkan dan ketepikan. 
  2. Panaskan 2 sdm mentega dalam kuali biasa atau kuali tidak melekat menggunakan api sederhana kecil. Kacaukan mentega dengan perlahan untuk memastikan ia cair sama rata. Mentega akan mula berbuih selepas 1 minit. Gerakkan kuali perlahan-lahan. Apabila buih mula berkurang (dalam 1-2 minit), tambahkan bawang merah kecil cincang dan kepingan cili kering. 
  3. Selepas 1 minit, tambahkan bawang putih, daun kesum, dan bunga kantan, tumis selama 30 saat. 
  4. Masukkan hati ayam dalam satu lapisan dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Kacau sedikit selama 3-5 minit, kemudian balikkan hati dan masak untuk 3-5 minit lagi. Semak kalau hati sudah masak: gunakan sudip masak untuk membelah hati yang terbesar dan periksa isinya. Isi hati patut berwarna merah jambu tapi tidak berdarah. Jika ada termometer daging, periksa supaya hati berada pada suhu 70°C. Tutup api.
  5. Tuangkan campuran hati dari periuk ke bekas pemproses makanan. Tambahkan santan dan lihing. Pulse pemproses makanan selama 5 saat setiap kali, dan kautkan sisi bekas menggunakan sudip jika perlu. Perasakan dengan garam. Kisarkan campuran hati sehingga menjadi puri halus.
  6. Masukkan puri ke dalam ramekin dan gunakan bahagian bawah sudu untuk meratakan permukaannya. Tuangkan mentega cair pada permukaan pâté. Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam. 
  7. Hidangkan dengan biskut tawar dan lihing.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Mee siam Singapura

Hidangan meraikan semua majlis

Mee siam Singapura

Popiah goreng

Popiah goreng cara kami

Popiah goreng

Acar mangga manis

Adakah ini acar? Lauk? Atau manisan?

Acar mangga manis

Lain kali masak

Mee siam Singapura
Popiah goreng
Acar mangga manis
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk