Periuk logo
Periuk logo
Mee siam Singapura

Mee siam Singapura ialah salah satu cinta hati Alia, sehinggakan inilah hidangan hari jadi pilihannya setiap tahun. Mihun goreng yang disiram dengan kuah pedas dan sangat menyelerakan, ditambah dengan perahan limau kasturi—semua orang setuju bahawa ini memang hidangan yang sesuai untuk perayaan. Resipi ini diubahsuai daripada resepi arwah ibunya dengan perkembangan ilmu dan pengalaman (dan juga ilham dari pelbagai carian internet). Lauk ini memang harus dimasak dengan banyak, sesuai untuk parti—sepinggan sahaja tidak pernah cukup.

Mee siam Singapura

oleh Alia Ali
Alia Ali

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

BAHAN TUMIS:

2 bawang kuning besar, dikupas

12 bawang merah kecil, dikupas

8 ulas bawang putih, dikupas

5 sdm udang kering, direndam air panas dan ditapis

1 sdm belacan

MIHUN:

½ cawan minyak sayuran

2 sdm cili boh, atau secukup rasa

2 sdm sos tomato

2 sdm taucu (sebaiknya biji penuh, bukan jenis kisar)

300g udang, dikupas dan disiang (simpankan kulit dan kepala)

2 ikat kucai, dibersihkan dan dipotong 2”

Garam secukup rasa

400g bihun kering, direndam

KUAH:

1 sdm taucu

4 buah keras, ditumbuk

½ cawan air asam jawa, diperah dari ketul 1” pes asam jawa

2 tangkai serai, diketuk

2″ lengkuas, diketuk

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

SEDIAKAN BAHAN-BAHAN:

  1. Rebuskan kulit dan kepala udang dengan 2 liter air selama 10 minit. Tapiskan stok udang dan simpan.
  2. Rendamkan mihun dalam air (rujuk petua merendam mihun kami di sini).
  3. Bahan-bahan tumis boleh disediakan dengan menumbuk menggunakan lesung batu atau mengisar sehingga menjadi pes dalam pemproses makanan atau pengisar. 

GORENGKAN MIHUN:

  1. Panaskan kuali besar menggunakan api sederhana-rendah. Tuangkan ½ cawan minyak sayuran. Bila minyak berkilau, masukkan pes bahan tumis dengan cili boh dan gaul. Tumis selama 10-15 minit sehingga pes berwarna gelap sedikit atau pecah minyak. Asingkan separuh pes yang siap masak dan ketepikan.
  2. Tambahkan taucu, sos tomato, dan udang kepada pes yang dalam kuali dan kacau. Tumis selama 2-3 minit sehingga udang mula berwarna merah jambu (kalau menggunakan udang besar, gorengkan lagi 2-3 minit).
  3. Perasakan campuran dengan 1 sdt garam dan gula, dan gaul. Tambahkan kucai dan goreng sehingga layu, 2-3 minit.
  4. Kuatkan nyalaan api. Masukkan mihun yang direndam dan ditapis ke dalam kuali dan kacau sebati. Buat cepat-cepat—api kena besar supaya tekstur mihun yang bagus, tapi kalau anda lalai, mihun boleh hangus.
  5. Setelah siap digaul sebati dan airnya kering, tutup api. 

MASAK KUAH:

  1. Masukkan pes tumis yang diketepikan tadi ke dalam periuk lain, dan tambahkan taucu, buah keras ditumbuk, serai, lengkuas, dan air asam jawa. Pasang api sederhana-rendah dan kacau sehingga sebati.
  2. Tuangkan stok udang yang disiapkan sebelum ini dan kacau lagi. Tambahkan 1 sdt garam dan 2 sdt gula, dan ubahsuaikan ikut rasa jika tidak cukup. 
  3. Bila kuah mula mendidih, tutup api.

UNTUK MENGHIDANG:

  1. Hidangkan bihun goreng (ikut sebanyak mana anda mahu makan) dalam mangkuk cetek atau pinggan dalam. Tuangkan 1-2 senduk kuah atas bihun. Hidangkan dengan limau kasturi dibelah dua.

Panduan

  • Jika anda nak mengagumkan keluarga mertua Cina anda, pastikan mihun anda tidak terputus apabila digaul. Walaupun menyusahkan, ia sangat berbaloi bila anda mendengar pujian di meja makan.
  • Untuk menambahkan tekstur, gorengkan kiub tauhu keras dan campurkan dalam bihun goreng dan kuah, seperti yang digambarkan.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Hu chee rumpah (Ikan goreng sumbat sambal)

Mesti ada masa makan nasi campur

Hu chee rumpah (Ikan goreng sumbat sambal)

Mihun lada hitam

Mihun goreng yang pantas dan tak leceh

Mihun lada hitam

Kerabu bihun ala Thai

Penuh rasa dan tekstur berbeza

Kerabu bihun ala Thai

Lain kali masak

Hu chee rumpah (Ikan goreng sumbat sambal)
Mihun lada hitam
Kerabu bihun ala Thai
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk