Periuk logo
Periuk logo
Hu chee rumpah (Ikan goreng sumbat sambal)
Photo: Michelle Yip, Plates: Ilham Ceramic Studio
Tangan memegang seluruh ikan di atas papan pencincang plastik. Sebelah tangan lagi memegang pisau dan membuat belahan ke dalam ikan.
Photo: Michelle Yip

Tangan menunjukkan dua belahan pada keseluruhan ikan di atas papan pencincang plastik.
Photo: Michelle Yip
Tangan memegang celah ikan terbuka atas papan pencincang plastik dan sumbat dengan sambal menggunakan sudu.
Photo: Michelle Yip.
Dua tangan menunjukkan ikan yang telah diisi penuh sambal di atas papan pencincang plastik.
Photo: Michelle Yip.

Ikan sumbat sambal versi Nyonya ini adalah salah satu resepi paling enak yang kami pernah cuba. Penggunaan daun limau purut dalam sambalnya memberi lauk ini aroma yang sangat nikmat dibandingkan dengan cencaru sumbat gaya Melayu yang biasa dijual di gerai nasi campur. Anggarkan satu ekor ikan untuk seorang makan apabila menyediakan resepi ini—memang enak sangat.

Resepi ini diterbit dalam buku Nyonya Flavours; dikongsi dengan izin pengarangnya Debbie Teoh.

oleh Debbie Teoh

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hu chee rumpah (Ikan goreng sumbat sambal)
Photo: Michelle Yip, Plates: Ilham Ceramic Studio
Tangan memegang seluruh ikan di atas papan pencincang plastik. Sebelah tangan lagi memegang pisau dan membuat belahan ke dalam ikan.
Photo: Michelle Yip
Tangan memegang seluruh ikan di atas papan pencincang plastik. Sebelah tangan lagi memegang pisau dan membuat belahan ke dalam ikan.
Photo: Michelle Yip
Tangan menunjukkan dua belahan pada keseluruhan ikan di atas papan pencincang plastik.
Photo: Michelle Yip
Tangan memegang celah ikan terbuka atas papan pencincang plastik dan sumbat dengan sambal menggunakan sudu.
Photo: Michelle Yip.
Dua tangan menunjukkan ikan yang telah diisi penuh sambal di atas papan pencincang plastik.
Photo: Michelle Yip.

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

SAMBAL:

8-10 cili merah segar

10 cili kering

3 cloves bawang putih, dikupas

20 bawang merah kecil, dikupas

1 ruas kunyit hidup, dikupas

2 sdt belacan

1 ½ sdt garam (atau secukup rasa)

1 ½ sdt gula (atau secukup rasa)

10 daun limau purut, dibuang batangnya dan dihiris nipis

4 sdm minyak sayur

IKAN:

4 ikan cencaru, disiang

125ml minyak sayur

  1. Tumbukkan cili segar, cili kering, bawang putih, bawang merah kecil, kunyit hidup, dan belacan menggunakan lesung batu sehingga lumat, atau kisarkan dengan pemproses makanan. 
  2. Panaskan kuali menggunakan api sederhana. Tuangkan 4 sdm minyak sayur. Apabila minyak berkilau, masukkan bahan yang ditumbuk/dikisar dan tumis selama 8-10 minit, atau sampai pecah minyak.
  3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa, lalu masukkan hirisan daun limau purut. Gaul sebati dan angkatkan sambal. Cucikan kuali.
  4. Siapkan ikan sambil sambal sedang menyejuk. Letakkan ikan atas papan pemotong. Pegang ikan dengan satu tangan. Dengan tangan lagi satu, guna hujung pisau untuk membuat potongan pada bahagian sirip dorsal/belakang ikan (gambar 1). Terbalikkan ikan dan buat potongan sama di sebelah sirip dorsal/belakang ikan (gambar 2). Ikan sekarang sepatutnya ada celah pada dua-dua belah ikan (gambar 3).
  5. Dengan tangan yang bersih, sumbatkan sambal yang sudah sejuk ke dalam celah ikan (gambar 4). Ikan yang siap disumbat sepatutnya seiras rupa dengan gambar 5. Simpankan sambal terlebih (jika ada) untuk makan nanti.
  6. Panaskan kuali yang dicuci tadi menggunakan api sederhana. Tuangkan ½ cawan minyak sayur. Apabila minyak berkilau, masukkan ikan sumbat perlahan-lahan ke minyak, dan pastikan kuali tidak terlalu penuh dengan ikan. Goreng setiap belah ikan selama 2-4 minit atau sehingga siap masak (ikut ketebalan ikan). Gorengkan semua ikan.
  7. Hidangkan dengan nasi panas.

Panduan

  • Jangan was-was untuk membuat sambal tambahan untuk dimakan dengan nasi, tetapi pastikan anda asingkan sambal untuk disumbat dan sambal untuk dimakan terus. Ini untuk menghindari pencemaran silang (cross contamination) yang mungkin berlaku apabila menyentuh ikan mentah.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Sambal sardin

Sambal makan malam yang pedas dan sedap

Sambal sardin

Acar hu

Jeruk ikan untuk dimakan nanti

Acar hu

Sambal ikan halba

Rempah halba berlimpah di dalam lauk ini

Sambal ikan halba

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk