Periuk logo
Periuk logo
Minyak bawang

Keluarga Wong ada rahsia penting: minyak bawang. Minyak ini sangat mudah untuk dibuat dan sangat menyelerakan. Letak sedikit di atas lauk ringkas seperti ikan bawal stim dan sayur yau mak goreng, atau makan seperti sambal dengan nasi goreng—memang enak dimakan dengan pelbagai hidangan. Ubahsuai bilangan bawang merah dan bawang putih mengikut kesukaan anda, asalkan minyaknya cukup untuk merendam bawang-bawang tersebut. Kami menjamin anda akan menyukai resepi ini, percayalah!

Minyak bawang

oleh Chew Swee Peak

Hidangan: 1.5 cawan

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 1.5 cawan

Masa penyediaan: Ringkas

250ml minyak sayuran biasa

4 bawang merah besar, dikupas dan dicincang halus

1 labu bawang putih, dikupas dan dicincang halus

Garam secukup rasa

  1. Ke dalam periuk bersisi tinggi, tuangkan minyak sayuran dan masukkan bawang merah dan bawang putih yang dicincang. Tambah lebih kurang 1 sdt garam. Kacau sekejap dan letak periuk di atas api yang kecil. Minyak akan mula mereneh dalam 6-8 minit.
  2. Terus reneh sehingga campuran bawang merah dan bawang putih mula lembut, sambil mengacau sekali-sekala (lebih kurang 10 minit). Masak lagi sehingga bawang mula bertukar warna menjadi perang (tetapi bukan rangup!), lebih kurang 10-12 minit lagi. Perasakan dengan garam lagi jika perlu. Minyak bawang ini siap apabila bawang merah kelihatan seakan telah lebur menjadi sos.

Panduan

  • Kalau tidak mahu mencincang bawang merah dan bawang putih menggunakan pisau, anda juga boleh menggunakan pemproses makanan untuk mencincang sehingga halus.
  • Api yang kecil sepanjang tempoh memasak membantu bawang masak dengan rata.
  • Perhatikan isi periuk dari detik 20 minit kerana bawang putih boleh menjadi terlalu perang dan rangup. Memang masih lazat, tetapi bukan apa yang kita mahu!
  • Minyak bawang berlebihan boleh disimpan dalam bekas bersih di dalam peti sejuk selama 3 minggu.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Sambal kicap

Sambal serbaboleh untuk dapur Melayu

Sambal kicap

Sayur yau mak & minyak bawang

Lauk sayuran amat ringkas

Sayur yau mak & minyak bawang

Udang masak bawang

Lauk 3 bahan yang menarik

Udang masak bawang

Lain kali masak

Sambal kicap
Sayur yau mak & minyak bawang
Udang masak bawang
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk