Periuk logo
Periuk logo
Sambal kicap

Sambal kicap merupakan sambal yang sering dijumpai di dalam peti sejuk keluarga Melayu di Johor, dimakan bersama soto dan nasi goreng, atau sebagai cecah untuk pisang goreng. Versi ibu Alia menggunakan cuka putih sahaja untuk memasamkan sambal ini, membuatkannya sesuai untuk dipadan dengan pelbagai hidangan.

Sambal kicap

oleh Alia Ali
Alia Ali

Sambal kicap merupakan sambal yang sering dijumpai di dalam peti sejuk keluarga Melayu di Johor, dimakan bersama soto dan nasi goreng, atau sebagai cecah untuk pisang goreng. Versi ibu Alia menggunakan cuka putih sahaja untuk memasamkan sambal ini, membuatkannya sesuai untuk dipadan dengan pelbagai hidangan.

Hidangan: Lebih kurang ½ cawan

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: Lebih kurang ½ cawan

Masa penyediaan: Ringkas

20 cili padi hijau, tangkai dibuang

65ml kicap ala Melayu, seperti jenama Tamin

30ml cuka putih buatan

  • Menggunakan lesung batu, tumbuk cili padi selumat boleh. Tuangkan masuk kicap dan cuka putih. Kacau rata dan rasa, kemudian tambah lebih kicap atau cuka kalau perlu. Sambal ini memang agak cair, dengan rasa masam yang kuat tetapi tidak menyengat.

Panduan

  • Sambal ini boleh disimpan selama berbulan dalam peti sejuk kerana kandungan cuka yang tinggi. Kalau sambal mengering, tambah sedikit air panas untuk mencairkannya—tidak digalakkan untuk menambah lagi cuka pada waktu ini kerana akan menjadikannya terlalu masam.
  • Jenama kicap ala Melayu lain boleh digunakan, seperti Cap Kipas Udang atau Mudim, yang sering dijual dalam versi manis atau masin (berbanding dengan versi cair/pekat kicap Cina). Kalau menggunakan kicap masin, tambah sedikit gula untuk mengimbangkan perasa. Kalau menggunakan yang manis, tambah sedikit garam.
Baca seterusnya:  halal, kicap, ringkas, sambal, vegan, vegetarian

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Sambal kemangi

Sambal berherba yang wangi sekali

Sambal kemangi

Sambal tempra

Sambal asas untuk hidangan Serani

Sambal tempra

Masala labu

Labu empuk dan berempah

Masala labu

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk