Periuk logo
Periuk logo
Tempoyak ikan patin

Pencinta tempoyak selalunya sangat gemarkan tempoyak ikan patin. Kalau dijual di kedai nasi campur, memang ada sahaja pelanggan beratur panjang untuk menikmati juadah ini. Tahukah anda yang sebenarnya sangat senang untuk membuat tempoyak ikan patin di rumah? Pelbagai ikan sungai boleh digunakan, tetapi ikan patinlah yang klasik. Baca tentang sejarah dan sains di sebalik tempoyak.

Tempoyak ikan patin

oleh Alia Ali
Alia Ali

Pencinta tempoyak selalunya sangat gemarkan tempoyak ikan patin. Kalau dijual di kedai nasi campur, memang ada sahaja pelanggan beratur panjang untuk menikmati juadah ini. Tahukah anda yang sebenarnya sangat senang untuk membuat tempoyak ikan patin di rumah? Pelbagai ikan sungai boleh digunakan, tetapi ikan patinlah yang klasik. Baca tentang sejarah dan sains di sebalik tempoyak.

Hidangan: 6

Hidangan: 6

2 ekor ikan patin, disiang dan dibersihkan

2″ kunyit hidup, dikopek

6 biji cili padi, dibuang tangkai (tambah lagi jika mahu lebih pedas)

6 sdm tempoyak (tambah lagi jika mahu lebih rasa tempoyak)

1 ikat besar daun kesum

1l air

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

  1. Belah setiap ekor ikan kepada 3 bahagian (kepala, badan, ekor).
  2. Menggunakan lesung batu, tumbuk kunyit hidup dan cili padi sehingga lumat.
  3. Dalam sebuah periuk atau kuali, masukkan kunyit hidup dan cili padi yang ditumbuk bersama dengan tempoyak dan daun kesum. Tuangkan air dan kacau rata.
  4. Pasangkan api ke nyalaan sederhana dan masak sehingga mereneh, lebih kurang 5 minit. Masukkan potongan ikan dan teruskan memasak sehingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya, lebih kurang 10 minit lagi.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, kacau rata dan didih untuk 30 saat lagi.

Panduan

  • Kalau mahu, anda boleh sahaja meletak serai dititik dan bunga kantan dibelah, tetapi resepi asas tempoyak ikan sungai tidak mememerlukan ramuan ini kerana sudah cukup harum.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Tempoyak

Sesuaikan tempoyak mengikut citarasa

Tempoyak

Paeh ikan keli

Sangat menyelerakan, enak dan berasap

Paeh ikan keli

Pekasam ikan

Pengenalan penjerukkan ikan

Pekasam ikan

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk