Periuk logo
Periuk logo
Sambal goreng

Hari Raya bukanlah Hari Raya tanpa sambal goreng. Sejak kecil, Alia selalu menantikan ketibaan Hari Raya, tidak kira Aidilfitri atau Aidiladha. Ibunya akan menyediakan sambal goreng kegemarannya, penuh dengan tekstur berlainan, enak dimakan bersama ketupat dan lodeh. Resepi ini senang diubahsuai mengikut citarasa sendiri—kuantiti ramuan hanyalah cadangan.

Sambal goreng

oleh Alia Ali
Alia Ali

Hidangan: 8

Masa penyediaan: Banyak bersabar

Hidangan: 8

Masa penyediaan: Banyak bersabar

240ml (1 cawan) minyak masak

1 cekak suhun (50g), dicarik

2 biji kentang, dikupas dan dihiris nipis

2 bungkus tempe (300g), dihiris nipis

50g hati ayam, dibilas bersih dan dipotong dadu 1″

1 bawang besar, dikupas dan dihiris nipis

4 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris nipis (jika mahu)

2″ halia, dikupas dan dimayang halus

2″ lengkuas, dikupas dan dimayang halus

3 batang serai, dihiris nipis

2 sdm cili boh

1 sdm kicap manis

½ ikat kacang panjang, dihiris serong

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

  1. Tuang minyak masak ke dalam kuali besar dan panaskan menggunakan api sederhana. Apabila minyak berkilau dan hampir mula berasap, masukkan suhun yang dicarik. Suhun ini akan berkembang dengan cepat (seperti menggoreng kerepek). Angkat dan tos. Ketepikan.
  2. Masukkan hirisan kentang dan goreng sehingga keemasan, lebih kurang 5 minit. Angkat dan tos. Ketepikan.
  3. Masukkan hirisan tempe dan goreng sehingga keemasan, lebih kurang 3-5 minit. Angkat dan tos. Ketepikan.
  4. Masukkan potongan hati ayam dan goreng sehingga tidak kemerahan, lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan tos. Ketepikan. Padamkan api.
  5. Tuang minyak yang berlebihan ke dalam kole untuk dibuang. Gunakan tisu dapur untuk lap sisa gorengan dari kuali, tetapi kuali tidak perlu dibasuh.
  6. Panaskan kuali sama menggunakan api sederhana. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih (jika mahu), halia, lengkuas, dan serai sehingga wangi, lebih kurang 3-5 minit.
  7. Masukkan cili boh dan tumis sehingga pecah minyak, lebih kurang 5 minit. Masukkan kicap manis dan hirisan kacang panjang dan tumis untuk 1-2 minit lagi.
  8. Masukkan suhun, kentang, tempe, dan hati ayam yang telah digoreng. Aduk rata. Perasakan dengan garam dan gula.
  9. Padamkan api. Hidangkan sambal goreng dengan nasi himpit atau ketupat.

Panduan

  • Anda boleh menggantikan bahan yang anda tidak gemar dengan bahan yang disukai. Contohnya: kalau anda tidak suka hati ayam, ini boleh diganti dengan udang. Kalau anda tidak ada tempe yang cukup, anda boleh gunakan tauhu keras sekali.
  • Anda juga boleh menambah bahan seperti hirisan petai dan kulit tauhu (yang sudah direndam) jika suka.
Baca seterusnya:  banyak bersabar, halal, tempe

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Sup petola

Cara enak dan sihat untuk memasak petola

Sup petola

Masala labu

Labu empuk dan berempah

Masala labu

Kangkung belacan

Lauk sayuran amat klasik

Kangkung belacan

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk