Periuk logo
Periuk logo
Kurat kasam dihan (Cendawan kukur masak tempoyak)

Kita sebagai manusia memang sudah lama mengaut hasil hutan dan juga menjeruk makanan. Hasilnya enak dan amalan ini menjimat wang. Apabila tibanya musim kurat situtuk (cendawan kukur), banyak yang boleh dimasak dengan ramuan ini. Di semenanjung, penggemar cendawan kukur sering menumis cendawan ini. Bagi keluarga Maynard di Sarawak, mereka memasak cendawan kukur dengan tempoyak, menghasilkan kuah berkrim yang padan dengan nasi.

oleh Maynard Keyne Langet

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

3 ulas bawang putih, dikupas

1 batang serai

1 sdm minyak masak

100g cendawan kukur segar, dibersihkan

125ml air

60g tempoyak

Garam secukup rasa

MSG secukup rasa

  1. Menggunakan lesung batu, tumbuk bawang putih sehingga separa lumat. Ketuk serai dengan lesung.
  2. Panaskan minyak masak dalam periuk dengan api sederhana sehingga berkilau. Masukkan bawang putih dan serai dan tumis sehingga wangi, lebih kurang 1 minit.
  3. Masukkan cendawan dan air dan kacau rata. Reneh selama 2-3 minit untuk lembutkan cendawan.
  4. Campurkan tempoyak dan perasakan dengan garam dan MSG. Biarkan ramuan mereneh dengan api kecil sehingga kuah memekat sedikit ke kepekatan yang digemari, lebih kurang 3-5 minit lagi.
  5. Hidangkan hangat bersama nasi panas.

Panduan

  • Anda boleh membeli cendawan kukur dalam talian (hello, Shopee) atau di pasar—Alia, penyunting resepi kami, membeli cendawan kukur di pasar malam Kampung Baru, KL.
  • Untuk lauk ini, guna tempoyak yang telah diperam untuk masa yang lebih lama bagi rasa yang lebih masam. Tapi jangan risau, tempoyak yang masih manis pun boleh digunakan.

Ramuan

3 ulas bawang putih, dikupas

1 batang serai

1 sdm minyak masak

100g cendawan kukur segar, dibersihkan

125ml air

60g tempoyak

Garam secukup rasa

MSG secukup rasa

Arahan

  1. Menggunakan lesung batu, tumbuk bawang putih sehingga separa lumat. Ketuk serai dengan lesung.
  2. Panaskan minyak masak dalam periuk dengan api sederhana sehingga berkilau. Masukkan bawang putih dan serai dan tumis sehingga wangi, lebih kurang 1 minit.
  3. Masukkan cendawan dan air dan kacau rata. Reneh selama 2-3 minit untuk lembutkan cendawan.
  4. Campurkan tempoyak dan perasakan dengan garam dan MSG. Biarkan ramuan mereneh dengan api kecil sehingga kuah memekat sedikit ke kepekatan yang digemari, lebih kurang 3-5 minit lagi.
  5. Hidangkan hangat bersama nasi panas.

Panduan

  • Anda boleh membeli cendawan kukur dalam talian (hello, Shopee) atau di pasar—Alia, penyunting resepi kami, membeli cendawan kukur di pasar malam Kampung Baru, KL.
  • Untuk lauk ini, guna tempoyak yang telah diperam untuk masa yang lebih lama bagi rasa yang lebih masam. Tapi jangan risau, tempoyak yang masih manis pun boleh digunakan.

Lain kali masak

Poriyal kacang buncis

Kacang hijau berempah penuh berperisa

Poriyal kacang buncis

Linugu tanggalung kinayan limau om bawing (Salad terung bakar dan kemangi)

Salad terung sedap berasap

Linugu tanggalung kinayan limau om bawing (Salad terung bakar dan kemangi)

Masala labu

Labu empuk dan berempah

Masala labu
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk