Periuk logo
Periuk logo
Kari kaja’ siyok (kari kaki ayam)

Kaki ayam bukan sahaja murah, tetapi amat enak. Salah satu cara untuk menikmati kaki ayam adalah dengan memasak kari ala Dayak ini. Sering dihidang semasa musim Gawai dan perayaan lain, lauk ini juga boleh didapati di meja makan masyarakat Dayak di pedalaman Sarawak.

Kari kaja’ siyok (kari kaki ayam)

oleh Maynard Keyne Langet

Kaki ayam bukan sahaja murah, tetapi amat enak. Salah satu cara untuk menikmati kaki ayam adalah dengan memasak kari ala Dayak ini. Sering dihidang semasa musim Gawai dan perayaan lain, lauk ini juga boleh didapati di meja makan masyarakat Dayak di pedalaman Sarawak.

Hidangan: 4-6

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 4-6

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

5 ulas bawang putih, dikopek

2 bawang merah kecil, dikopek

2″ halia, dikopek

4 sdm minyak masak

80g pes kari, atau 2 sdm serbuk kari (lihat Panduan)

200g kaki ayam, kuku dibuang

2L air

Garam secukup rasa

MSG secukup rasa

Gula secukup rasa

300g kentang, dikopek dan dipotong dadu

100g kulit tauhu kering (fuchuk), direndam

200ml santan

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah kecil, dan halia menggunakan lesung batu sehingga lumat.
  2. Dalam periuk bersaiz sederhana, panaskan minyak masak menggunakan nyalaan api sederhana. Apabila minyak mula berkilau, masukkan bahan yang ditumbuk dan tumis sehingga menjadi keemasan.
  3. Masukkan pes kari, kaki ayam, dan air. Kacau sebati dan kecilkan api. Biarkannya mereneh sehingga separuh kuantiti air susut.
  4. Perasakan dengan garam, MSG, dan gula, kemudian masukkan potongan kentang. Masak untuk 5-10 minit lagi, bergantung kepada saiz potongan kentang.
  5. Apabila kentang hampir masak, masukkan kulit tauhu yang direndam dan juga santan. Kacau sebati dan perasakan sekali lagi jika perlu. Selepas mereneh untuk 2 minit lagi, tutup api. Hidangkan bersama nasi panas.

Panduan

  • Pes kari segar boleh didapati di kebanyakan pasar basah.
  • Kari ini enak dimakan pada keesokan hari supaya ramuannya cukup mesra.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Kari ayam dan nanas

Kari ini berperisa masam dan savuri

Kari ayam dan nanas

Kari ayam berkrim dan berempah

Ini bukan kari mak awak

Kari ayam berkrim dan berempah

Ayam asam rong

Sekali makan, pasti mengidam

Ayam asam rong

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk