Periuk logo
Periuk logo
Kari ayam dan nanas

Memang banyak jenis kari ayam di dunia, dan di Malaysia sahaja bilangannya tak terkira. Kari ayam ini sedikit masam kerana tambahan buah nanas muda, dan membawa anda ke kedai-kedai kopitiam Cina di Kota Kinabalu. Ia juga tidak mengandungi santan, dan dipekatkan oleh bawang merah besar dan putih yang amat lumat. Ikuti petua Sharon dan Celestine, dan guna bawang merah besar sahaja (bukan yang kuning!) untuk rasa bawang yang memikat.

Kari ayam dan nanas

oleh Celestine Lau and Sharon Semion

Memang banyak jenis kari ayam di dunia, dan di Malaysia sahaja bilangannya tak terkira. Kari ayam ini sedikit masam kerana tambahan buah nanas muda, dan membawa anda ke kedai-kedai kopitiam Cina di Kota Kinabalu. Ia juga tidak mengandungi santan, dan dipekatkan oleh bawang merah besar dan putih yang amat lumat. Ikuti petua Sharon dan Celestine, dan guna bawang merah besar sahaja (bukan yang kuning!) untuk rasa bawang yang memikat.

Hidangan: 4-6

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 4-6

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

6-8 ulas bawang putih, dikopek

2 bawang merah besar, dikopek

6 sdm serbuk kari daging

500ml air, dibahagikan

3 sdm minyak masak

2 daun salam

1 batang kayu manis

1 nanas muda kecil, dikopek dan dipotong kecil

1 ekor ayam, dipotong 16

1 keping asam keping (jika perlu)

Gula secukup rasa

Garam secukup rasa

  1. Dengan menggunakan lesung batu, pemproses makanan, atau blender, proses bawang putih dan 1 biji bawang merah besar sehingga lumat. Jika menggunakan blender, tambahkan sedikit air untuk memudahkan keadaan. Hiris nipis bawang merah yang lagi satu dan ketepikan.
  2. Campurkan serbuk kari dengan 200ml air menjadi pes cair. Ketepikan.
  3. Dalam periuk berdasar lebar atau kuali, panaskan minyak masak dengan nyalaan api sederhana. Apabila minyak mula berkilau, masukkan hirisan bawang merah, daun salam, dan kayu manis. Tumis sehingga hirisan bawang mula layu dan menjadi sedikir keperangan, lebih kurang 5-7 minit.
  4. Masukkan pes bawang merah dan putih ke dalam periuk dan tumis sehingga menjadi gelap sedikit, lebih kurang lagi 2 minit.
  5. Tuangkan pes kari dan tumi sehingga pecah minyak, lebih kurang 8-10 minit. Jangan biarkannya hangus; masukkan sedikit air jika perlu untuk memastikannya masak dengan rata.
  6. Masukkan potongan nanas, potongan ayam, dan 300ml air kepada kari. Kacau rata, kemudian tutup periuk. Biarkannya mereneh selama 5 minit. Buka penutup dan kacau sekali lagi, dan tutup periuk lagi, tapi biarkannya separa terbuka. Masak untuk 30 minit lagi, sehingga ayam betul-betul masak dan kuah telah memekat.
  7. Selepas 30 minit ini, perasakan kuah kari: Kalau nanas terlalu manis, masukkan asam keping. Kalau terlalu masam, tambahkan sedikit gula. Perasakan dengan garam. Reneh untuk 3-5 minit lagi dan tutup api. Hidangkan bersama nasi putih panas.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Kari ayam berkrim dan berempah

Ini bukan kari mak awak

Kari ayam berkrim dan berempah

Ayam asam rong

Sekali makan, pasti mengidam

Ayam asam rong

Ayam pongteh nenek

Versi ini dipenuhi bawang putih

Ayam pongteh nenek

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk