Periuk logo
Periuk logo

Buah keluak juga dikenali sebagai kepayang atau pangi di Malaysia, dan merupakan buah dari pokok keluak. Ia terkenal sebagai ramuan ayam keluak, sejenis lauk Nyonya, dan rasanya seakan asap dan kacang yang enak dilawan ramuan pedas. Buah ini juga sangat beracun, kerana ia mengandungi hidrogen sianida. Apabila dimakan terus, ia boleh menyebabkan rasa gayat dan keliru (‘mabuk kepayang’) dan kadangkala boleh membawa maut.

Tetapi seperti ramuan lain yang mungkin merbahaya—ingat bahawa banyak sayuran kegemaran kita seperti tomato tergolong dalam keluarga solanaceae atau nightshade!—ada cara-cara untuk menjadikannya selamat dimakan. Ramai keluarga ada cara mereka tersendiri untuk menyediakan keluak, dan ramai penjual menjual buah ini siap untuk dimakan. Yang berikut merupakan cara kegemaran kami untuk menyediakan keluak mentah.

Ingat bahawa keluak memerlukan masa lebih kurang seminggu untuk sedia dimasak dan dimakan, jadi rancanglah sewajarnya.

  • Bilas dan rendam buah menggunakan air dalam mangkuk yang cukup besar untuk memuatkan kesemuanya dalam satu lapisan.
    Keluak soaking in water.
  1. Selepas setengah hari, sental setiap buah sebersih yang mungkin menggunakan berus keras dan bilas menggunakan air paip.
    Keluak bring brushed.
  2. Teruskan merendam buah-buah ini selama tujuh hari dan gantikan air rendaman dua kali sehari. Sental buah-buah dan bilas sekali jika anda mahu, tetapi menyental sekali setiap dua hari sudah memadai.
  3. Pada hari ketujuh, sental dan bilas buah-buah ini untuk kali terakhir, kemudian letakkannya ke dalam periuk bersama air. Didih menggunakan nyalaan api besar untuk lebih kurang 10 minit.
  4. Keluarkan buah keluak dari air dan biarkannya mengering untuk lebih kurang setengah jam.
  5. Sediakan lesung batu. Kenalpasti bahagian pembukaan buah: ini merupakan jalur agak licin pada satu sisi buah.
  6. Pegang buah dengan ketat (pastikan jari ke tepi), dan ketuk dengan tepat pada jalur licin ini.
  7. Ini mungkin harus dilakukan lebih daripada satu kali, tetapi anda akan melihat rekahan. Gunakan jari atau sudu untuk mengumpil kulit buah dan mendedahkan isi buah.
  8. Korek isinya dengan sudu ke dalam mangkuk berasingan. Ulang dengan buah-buah keluak lain. Isi buah keluak ini sekarang sedia digunakan.

Peringatan penting: Jangan beri buah berlebihan kepada haiwan, mengompos kulit buah, atau menyiram tumbuhan dengan air rendaman, kerana mungkin ada lagi amaun hidrogen sianida yang masih cukup beracun. Tuang sisa air rendaman ke dalam singki dan bahan pepejal ke dalam tong sampah.

Baca seterusnya

101 Gitu: Cara menyediakan asam jawa

Panduan berlangkah

101 Gitu: Cara menyediakan asam jawa

101 Gitu: Bagaimana untuk mengelak mihun lembik

Nak rendam ke tidak?

101 Gitu: Bagaimana untuk mengelak mihun lembik

101 Gitu: Penjerukan dengan biji pangi

Panduan menjeruk dengan pangi

101 Gitu: Penjerukan dengan biji pangi

Baca seterusnya


 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

 
periuk