Periuk logo
Periuk logo
Umbut sawit masak belacan

Umbut sawit merupakan pucuk atau isi dalam pokok kelapa sawit. Ia senang didapati di Borneo disebabkan bilangan ladang kelapa sawit yang tinggi, oleh itu penduduk tempatan mula menggunakannya sebagai ramuan yang enak. Umbut sawit tidak semanis umbut kelapa (yang lebih dikenali), dan ini bermaksud yang ramuan ini boleh digunakan di dalam pelbagai lauk. Ibu Tiffany menggunakan umbut sawit dalam lauk berkuah dan juga lauk digoreng — Tiffany sukakan ia pedas-pedas dan dimakan sekali dengan nasi putih panas.

Mangkuk dari Ilham Ceramic Studio.

Umbut sawit masak belacan

oleh Tiffany Nakita Gerard

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Umbut sawit masak belacan

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Tumbuk halus:

4 ulas bawang putih

5 biji bawang merah atau bawang kecil

4 cili padi atau lebih ikut citarasa

1 inci belacan

500g umbut sawit, dihiris nipis

1 genggam ikan bilis

2 sdm minyak masak

1 cawan air

Garam secukup rasa

  1. Panaskan kuali menggunakan api sederhana.
  2. Tumis bahan yang ditumbuk bersama ikan bilis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan umbut sawit dan gaul dengan rata.
  4. Tambahkan air ke kuali, gaul, dan tutup kuali. Biarkannya merenih sehingga umbut sawit telah masak, lebih kurang 10 minit. Tambahkan garam secukup rasa.

Panduan

  • Protein boleh ditambah ke dalam lauk ini kalau suka. Ayam, udang, atau sotong sesuai dipadan, sebanyak 1 cawan daging. Ini sepatutnya ditambah selepas pecah minyak, dan umbut sawit dimasukkan selepas daging sudah separuh masak.
  • Nota editor: Umbut sawit sukar untuk didapat di bandar. Kami mendapat umbut sawit melalui kumpulan Facebook — kami bertanya kalau ada sesiapa yang ada pokok kelapa sawit yang mereka mahu tebang!
  • Nota editor: Umbut kelapa boleh digunakan, tetapi rasanya sedikit manis berbanding umbut sawit.

Ramuan

Tumbuk halus:

4 ulas bawang putih

5 biji bawang merah atau bawang kecil

4 cili padi atau lebih ikut citarasa

1 inci belacan

500g umbut sawit, dihiris nipis

1 genggam ikan bilis

2 sdm minyak masak

1 cawan air

Garam secukup rasa

Arahan

  1. Panaskan kuali menggunakan api sederhana.
  2. Tumis bahan yang ditumbuk bersama ikan bilis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan umbut sawit dan gaul dengan rata.
  4. Tambahkan air ke kuali, gaul, dan tutup kuali. Biarkannya merenih sehingga umbut sawit telah masak, lebih kurang 10 minit. Tambahkan garam secukup rasa.

Panduan

  • Protein boleh ditambah ke dalam lauk ini kalau suka. Ayam, udang, atau sotong sesuai dipadan, sebanyak 1 cawan daging. Ini sepatutnya ditambah selepas pecah minyak, dan umbut sawit dimasukkan selepas daging sudah separuh masak.
  • Nota editor: Umbut sawit sukar untuk didapat di bandar. Kami mendapat umbut sawit melalui kumpulan Facebook — kami bertanya kalau ada sesiapa yang ada pokok kelapa sawit yang mereka mahu tebang!
  • Nota editor: Umbut kelapa boleh digunakan, tetapi rasanya sedikit manis berbanding umbut sawit.

Lain kali masak

Linugu tanggalung kinayan limau om bawing (Salad terung bakar dan kemangi)

Salad terung sedap berasap

Linugu tanggalung kinayan limau om bawing (Salad terung bakar dan kemangi)

Masala labu

Labu empuk dan berempah

Masala labu

Kangkung belacan

Lauk sayuran amat klasik

Kangkung belacan

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk