Periuk logo
Periuk logo
Tauhu lembut dengan lobak masin

Chai poh (菜脯), juga dikenali sebagai lobak masin, merupakan ramuan serbaguna enak. Ramuan ini boleh ditambah kepada telur dadar, sayur tumis, atau ditabur ke atas bubur nasi. Dalam resepi ini, chai poh digoreng sehingga rangup dan dicampur dengan ramuan lain sebagai hias atas tauhu lembut. Kalau anda sudah ada chai poh dan bawang yang telah sedia digoreng, anda boleh menyediakan resepi ini dalam sekelip mata tanpa memetik api dapur — sesuai untuk hari panas.

Tauhu lembut dengan lobak masin

oleh Kai ma Keow

Chai poh (菜脯), juga dikenali sebagai lobak masin, merupakan ramuan serbaguna enak. Ramuan ini boleh ditambah kepada telur dadar, sayur tumis, atau ditabur ke atas bubur nasi. Dalam resepi ini, chai poh digoreng sehingga rangup dan dicampur dengan ramuan lain sebagai hias atas tauhu lembut. Kalau anda sudah ada chai poh dan bawang yang telah sedia digoreng, anda boleh menyediakan resepi ini dalam sekelip mata tanpa memetik api dapur — sesuai untuk hari panas.

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

2 sdm lobak masin/chai poh

2 sdm minyak masak

3 bawang merah kecil, dikopek dan dihiris nipis

1 kotak (300g) tauhu lembut

3 ulas bawang putih, dikopek dan dicincang halus

1 cili merah, dicincan halus

1 daun bawang, dihiris

1 sdm kicap cair

½ sdt MSG (jika suka)

  1. Bilas lobak masin seketika untuk buang garam berlebihan dan tos sehingga kering menggunakan penapis. Panaskan kuali kecil menggunakan nyalaan api sederhana panas bersama 1 sdm minyak masak. Apabila minyak mula berkilau, masukkan lobak masin dan tumis sehingga garing, lebih kurang 3-5 minit. Tapis kepingan lobak masin garing dan alihkan ke mangkuk kecil.
  2. Masukkan 1 sdm minyak masak ke kuali yang sama. Tabur hirisan bawang merah ke dalam kuali dan goreng sehingga sedikit keemasan, lebih kurang 5 minit. Tutup api dan alihkan bawang goreng ke mangkuk kecil.
  3. Keluarkan tauhu lembut dari bungkusannya dengan perhalan dan bilas sebentar dengan air hangat. Letak tauhu atas pinggan.
  4. Tuang kicap cair dan tabur MSG pada permukaan tauhu. Tabur bawang putih cincang, lobak masin garing, cili cincang, hirisan daun bawang, dan bawang goreng ke atas tauhu. Hidangkan serta merta.
Baca seterusnya:  chai poh, halal, ringkas, tauhu

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Masala labu

Labu empuk dan berempah

Masala labu

Umbut sawit masak belacan

Umbut sawit yang pedas dan menyelerakan

Umbut sawit masak belacan

Udang masak bawang

Lauk 3 bahan yang menarik

Udang masak bawang

Lain kali masak

Masala labu
Umbut sawit masak belacan
Udang masak bawang
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk