Periuk logo
Periuk logo
Pinarasakan sada bambangan (Ikan tumis mangga hutan)

Pinarasakan memang senang untuk dimasak. Anda hanya memerlukan ikan kecil segar kerana ramuan lainnya kemungkinan besar sudah ada dalam dapur anda. Apabila tiba musim bambangan (mangga hutan), Pison memasukkan hirisan buah ini sekali untuk rasa manis-masam yang enak sekali.

oleh Pison Jaujip

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

2 bawang merah, dikupas dan dihiris

2 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang

2″ halia, dikupas dan dipotong mancis

2″ kunyit hidup, dikupas dan dipotong mancis

5 asam keping

6 cili padi

1 bambangan bersaiz sederhana, dikupas dan dihiris (biji dibuang)

8 ekor ikan kembung, disiang bersih

1 sdt garam

1 sdt MSG

  1. Dalam claypot atau periuk biasa bersaiz sederhana, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, asam keping, dan cili padi.
  2. Susun separuh hirisan bambangan di dalam periuk. Letak ikan di atas hirisan bambangan dalam satu lapisan, kemudian susun baki hirisan bambangan di atas.
  3. Tabur garam dan MSG atas isi periuk dan tuangkan secukup air sehingga setengah paras ramuan.
  4. Letak periuk dan isinya di atas dapur dan nyalakan api sederhana. Tutup periuk dan biarkan ramuan masak untuk lebih kurang 15 minit.
  5. Buka penutup periuk dan rasa kuahnya. Perasakan dengan garam dan MSG lagi jika perlu. Perlahankan api ke nyalaan kecil dan tutup periuk kembali (biarkan separa terbuka supaya stim boleh dilepaskan). Masak untuk lebih kurang 15 minit lagi supaya semua ramuan mesra.
  6. Hidangkan dengan nasi putih panas.

Panduan

  • Apa jenis ikan kecil berlemak boleh digunakan, seperti kembung, selar kuning, atau sardin.
  • Lauk pinarasakan selalunya dimasak sehingga kering, tetapi kuah lauk ini sangat sedap, jadi kalau anda mahu kuah yang banyak, silakan!
  • Bambangan senang didapati di Shopee.
Baca seterusnya:  bambangan, bebas gluten, halal, ikan, ringkas

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Sambal sardin

Sambal makan malam yang pedas dan sedap

Sambal sardin

Hinava tenggiri

Hanya gunakan makanan laut yang segar

Hinava tenggiri

Sambal ikan halba

Rempah halba berlimpah di dalam lauk ini

Sambal ikan halba

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk