Periuk logo
Periuk logo

Kalau anda ingin menjemput sahabat handai dan sanak saudara ke rumah untuk jamuan raya, tapi mahu menghidang makanan yang lain sedikit daripada yang biasa, inilah cadangan kami. Ada resepi untuk aneka kudapan dan hidangan mi, sesuai untuk rumah terbuka anda.

Kadangkala jadual melawat rumah terbuka agak padat dan tetamu hanya boleh datang antara waktu makan. Kalau macam tu, cuba fikirkan hidangan yang bukan berasaskan nasi. Contohnya, ubi kayu sangat sedap untuk dijamah. Dua resepi ubi kayu kami datang dari Marina Mustafa: digoreng dan berbentuk jemput-jemput, kedua-duanya enak dicecah sambal kicap. Kalau terkekang masa, roti goreng atau biskut goreng sangat disukai orang ramai, terutamanya kanak-kanak.

Biskut goreng, macam nasi goreng tapi bukan! Gambar: Michelle Yip

Kalau nak lagi kenyang, mihun memang senang dimasak dan juga senang dimakan. Sesuai apabila tetamu datang dan lepak untuk berjam-jam, boleh ditambah banyak kali. Gandakan resepi kerabu bihun ala Thai dari Jenny Saw, sangat berbaloi. Mihun lada hitam ini senang sekali untuk dimasak lagi bila dah habis. Kalau anda terasa rajin pula, masaklah mee siam Singapura ini. Tentu sekali tetamu anda nak dijemput lagi tahun depan. Secara bonus: semua juadah mihun ini juga sesuai dihidang untuk perayaan lain.

Mihun lada hitam senang sekali dimasak. Gambar: Michelle Yip

Memang bukan Hari Raya kalau tak ada kuih raya! Biskut bijan & miso dari Yi Jun sedikit savuri dan enak dinikmati bila-bila sahaja. Kek mentega mewah Dinesh Rao akan memuaskan semua termasuklah makcik-makcik cerewet—pastikan anda menggunakan butter yang bagus tau!

Baca seterusnya:  hari raya, senarai

Baca seterusnya

Lauk tumis-reneh untuk hujung minggu

Masak dengan perlahan

Lauk tumis-reneh untuk hujung minggu

Panduan kudapan Deepavali

Kudapan untuk musim perayaan

Panduan kudapan Deepavali

Rendang goreng

Bila anda teringin rendang dengan pantas

Rendang goreng

Baca seterusnya

Lauk tumis-reneh untuk hujung minggu
Panduan kudapan Deepavali
Rendang goreng

 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

 
periuk