Periuk logo
Periuk logo

Ramai di antara kita yang telah kembali ke pejabat atau ke sekolah dan ini menjadikan masa pada hujung minggu lebih penting dan istimewa. Inilah waktu untuk berehat, fokus pada diri sendiri, dan bersama dengan keluarga dan rakan. Jenguklah koleksi lauk ditumis-reneh di sini, atau lihat pilihan kegemaran kami di bawah:

Gulai kuning ayam

Ketulan ayam berendam dalam kuah kuning dan disaji menggunakan mangkuk merah jambu keperangan.
Foto: Michelle Yip, Mangkuk: Ilham Ceramic Studio

Renehan Alya ini tidak remeh langsung, sesuai untuk makan tengah hari yang tidak terlalu berat. Santan juga cukup untuk mengurangkan kepedasan cili. Hidangkannya bersama nasi putih dan tempeh goreng atau tauhu goreng untuk menyerap kuah.

Lidah ditumis-reneh gaya Serani

Lidah ditumis-reneh gaya Serani, dihiris nipis dan dihidang dalam mangkuk hijau keperangan, di atas meja kayu.
Foto: Michelle Yip, Mangkuk: Ilham Ceramic Studio

Keluarga Deborah sering menghidangkan lauk ini pada waktu istimewa seperti Hari Krismas atau untuk makan malam Sabtu selepas masa matahari terbenam. Tapi lauk istimewa ini boleh makan bila-bila masa jua. Kalau anda tak pasti lalu ke tidak untuk makan daging bahagian dalam, jangan risau. Rasa lidahnya tidaklah kuat, kerana lidah hanyalah daging biasa yang berlemak.

Bubur nasi vegetarian

Bubur pekat dihidang dalam mangkuk merah jambu besar. Sebuah senduk kelihatan sedang menghidangkan sesenduk bubur.
Foto: Michelle Yip, Mangkuk: Ilham Ceramic Studio

Bubur ini selalunya dihidangkan di Kuil Zhu Lin Jing Yuan di Melaka untuk Tahun Baru Cina, tetapi memang dapat dinikmati di rumah pada bila-bila masa. Penuh dengan ramuan umami, memang berbaloi untuk menyediakan bubur ini semasa musim hujan.

Baca seterusnya:  senarai, tumis-reneh

Baca seterusnya

Varuval kambing

Daging rebus berkuah masala manis-pedas

Varuval kambing

Panduan kudapan Deepavali

Kudapan untuk musim perayaan

Panduan kudapan Deepavali

Tidak dapat ke teater, teater pun datang ke anda

Makan malam dan pementasan, di rumah

Tidak dapat ke teater, teater pun datang ke anda

Baca seterusnya

Varuval kambing
Panduan kudapan Deepavali
Tidak dapat ke teater, teater pun datang ke anda

 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

 
periuk