14 Jan 2021
Peminat Milo paling ulung tekad untuk mencipta semula rasa klasik Milo lori di rumahnya. Tak seperti peraturan Hari Sukan, anda digalakkan minum sebanyak mana yang anda suka.
Bila saya kecil, saya menghadiri sekolah rendah Cina. Memang jarang kami dapat pergi ke lori Milo. Kami tidak ada Hari Sukan (maklumlah, tak ada tempat), dan lori Milo datang pada hari yang tidak tentu atau perayaan Hari Kanak-Kanak, jadi kami memang tidak tahu bila lori ini akan muncul.
Tetapi bila tiba harinya, interkom sekolah yang kuno akan menggersak, dan seorang guru akan mengumumkan ketibaan lori Milo. Krismas datang awal! Lori hijau terang ini akan mengagihkan beratus-ratus minuman coklat yang sangat dingin, manis, dan berbuih. Saya juga teringat seroang guru membungkus minuman ini dalam bekas-bekas yang besar.
Pada masa kini pula, saya melayari Internet tidak henti disebabkan PKP. Terjumpa pula artikel di Internet yang mengatakan kod resepi lori Milo telah bocor. Saya pun bertanya dengan kawan yang bekerja di bahagian penyelidikan makanan di Nestle untuk petua tambahan. Dia tidak mahu membocorkan rahsia majikannya, tetapi satu nasihatnya adalah untuk ‘menambah susu yang banyak’.
Dengan pengetahuan baru saya ini, saya berasa seperti saya sedang menjalankan pengintipan korporat dan mula mencuba membuat minuman klasik lori Milo di rumah.
Resepi 1
Sumber: asiaone mengadaptasi resepi ini daripada seorang pengguna media sosial yang memerhati pekerja lori Milo semasa dia bekerja.
Hidangan 1
Ramuan
Cara
Keputusan: Sangat manis, terlebih sedikit susu, dan minuman ini memerlukan lagi masa untuk sejuk. Memang mirip dengan apa yang diminum semasa kecil, tetapi ada yang tak cukup. Sebagai resepi yang disesuaikan daripada jumlah tinggi yang digunakan di lori Milo, ini memang resepi yang agak padu. Persoalannya bukan ‘apa’, tetapi yang lebih penting adalah ‘bagaimana’.
Resepi 2
Semasa penyelidikan saya, saya terjumpa artikel ini daripada snookay yang menekankan pembancuhan yang pantas apabila air panas dituang ke dalam campuran Milo. Ini mungkin kunci tekstur berbuih minuman ini. Jadi saya mengambil selangkah lebih jauh.
Hidangan 1
Ramuan
Cara
Keputusan: Aaaaah. Inilah dia. Minuman lori Milo yang sempurna. Ramuannya boleh disesuaikan menurut citarasa sendiri untuk kemanisan dan jumlah susu, tetapi penggunaan penggoncang membolehkan kami untuk menyejukkan minuman ini dengan pantas sambil menerapkan tekstur berbuih. Penghidangannya di dalam cawan kertas mengungkit kembali kenangan sebagai seorang yang berumur lapan tahun, beratur di bawah panas terik matahari untuk secawan kecil coklat yang dingin.
**
Joyce Koh tinggal di Shah Alam. Dia sekali-sekala seorang penulis dan pejuang kopitiam Klang.
Diterjemah oleh Alia Ali.
Panduan menjeruk dengan pangi
Masakan Melayu tanpa daging? Nak!
Busuk ke tak?