Periuk logo
Periuk logo
Telur dadar cencaluk

Siapa tak suka telur dadar? Telur dadar cencaluk ini memang sengaja sedikit savuri, enak dan mengenyangkan untuk makan tengah hari. Tambahkan atau kurangkan cencaluk, bawang merah, dan cili padi mengikut selera—tapi kami mengesyorkan cencaluk yang lebih untuk memuaskan tekak.

Telur dadar cencaluk

oleh Kai ma Keow

Siapa tak suka telur dadar? Telur dadar cencaluk ini memang sengaja sedikit savuri, enak dan mengenyangkan untuk makan tengah hari. Tambahkan atau kurangkan cencaluk, bawang merah, dan cili padi mengikut selera—tapi kami mengesyorkan cencaluk yang lebih untuk memuaskan tekak.

Hidangan: 2

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 2

Masa penyediaan: Ringkas

3 biji telur

2 sdm cencaluk

4 bawang merah, dikopek dan dihiris

3 cili padi, dicincang (atau lebih mengikut citarasa)

2 sdm minyak masak

1 limau nipis, dipotong separuh

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kacau sebati. Masukkan cencaluk, hirisan bawang merah, dan cili padi. Kacau lagi sekali.
  2. Dalam kuali sederhana, panaskan minyak masak menggunakan api sederhana. Apabila minyak mula berkilau, tuangkan campuran telur ke dalam kuali dan biarkannya masak, tanpa disentuh, selama lebih kurang 3-5 minit. Dengan berhati-hati, terbalikkan campuran telur supaya sebelah yang belum dimasak menyentuh dasar kuali dan masak sehingga masak sepenuhnya, lebih kurang 2-3 minit lagi.
  3. Alihkan telur dadar ke atas pinggan dan perah limau ke atasnya. Hidangkan dengan nasi panas.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Char swee (Timun masak cuka)

Timun masak? Apa salahnya!

Char swee (Timun masak cuka)

Acar hu

Jeruk ikan untuk dimakan nanti

Acar hu

Kangkung belacan

Lauk sayuran amat klasik

Kangkung belacan

Lain kali masak

Char swee (Timun masak cuka)
Acar hu
Kangkung belacan
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk