Periuk logo
Periuk logo
Sup kangkung berkrim

Semasa editor visual kami, Michelle, makan di barbeku makanan laut hujung minggu di Cottage by The Sea, dia perasan yang ‘surprise soup’ mereka rasanya sangat mewah dan kompleks, tapi boleh dicam rasanya. Pemilik resort, Professor Anthony Wong, bercerita bahawa sepanjang 14 tahun sup ini dihidang, tidak pernah sesiapa pun dapat meneka sayuran ‘surprise’ dalam supnya. Apabila hampir habis makan, Michelle, dengan cita rasanya yang sangat halus, sudah tahu jawapannya: kangkung. Lalu, Professor Wong dengan bangganya memberi Periuk resipinya untuk pembuka selera yang bernilai dan memuaskan untuk hidangan perayaan anda.

Sup kangkung berkrim

oleh Cottage by The Sea (by The Frangipani)

Semasa editor visual kami, Michelle, makan di barbeku makanan laut hujung minggu di Cottage by The Sea, dia perasan yang ‘surprise soup’ mereka rasanya sangat mewah dan kompleks, tapi boleh dicam rasanya. Pemilik resort, Professor Anthony Wong, bercerita bahawa sepanjang 14 tahun sup ini dihidang, tidak pernah sesiapa pun dapat meneka sayuran ‘surprise’ dalam supnya. Apabila hampir habis makan, Michelle, dengan cita rasanya yang sangat halus, sudah tahu jawapannya: kangkung. Lalu, Professor Wong dengan bangganya memberi Periuk resipinya untuk pembuka selera yang bernilai dan memuaskan untuk hidangan perayaan anda.

Hidangan: 8

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 8

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

UNTUK SUP:

3 sdm mentega

300g kangkung, tangkai dan daun dikerat 2″ 

bawang besar, dikupas dan dicincang

6 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang

600ml stok ayam

300ml krim

3 daun salam

UNTUK ROUX:

75g tepung

50g mentega

  1. Panaskan 2 sdm mentega dalam periuk besar menggunakan api sederhana. Apabila mentega cair, masukkan kangkung, bawang, dan bawang putih. Tumiskan selama 5 minit atau sehingga kangkung layu.
  2. Tambahkan stok ayam dan krim, dan kacau hingga sebati. Tambahkan daun salam. Apabila sup mula mendidih, kecilkan api dan tutupkan periuk. Biarkan penutup terbuka sedikit agar wap air boleh keluar.
  3. Reneh sup hingga sayur betul-betul lembut, lebih kurang 25-30 minit, dan kacau sekali-sekala.
  4. Tutup api. Keluarkan daun salam dan buangkan atau masukkan dalam kompos anda.
  5. Jika menggunakan immersion blender, kisarkan sup sepenuhnya hingga ia menjadi puri yang sebati. Jikalau menggunakan blender biasa, biarkan sup sedikit sebelum mengisar hingga tidak berbintil-bintil.
  6. Dalam periuk kecil yang asing, sediakan roux. Panaskan 50g mentega menggunakan api sederhana. Setelah cair, tambahkan tepung dan pukul hingga menjadi pes pekat. Terus kacau untuk 2-3 minit, sehingga campuran menjadi gelap sedikit dan naik bau.
  7. Tambahkan roux ke dalam sup yang kisar, dan kisarkan lagi selama 20 saat untuk pastikan roux dicampur sebati. Alihkan sup kembali ke dapur dan pasangkan api sederhana selama 5 minit sehingga pekat.
  8. Hidangkan sebagai pembuka selera untuk hidangan utama, atau sebagai makan tengah hari dengan roti bakar.
Baca seterusnya:  kena rajin sikit

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Vangi bhath (Nasi terung & dal)

Terung + rempah + nasi = enak sangat

Vangi bhath (Nasi terung & dal)

Sarak diilhamkan kerabu

Sarak berbentuk salad

Sarak diilhamkan kerabu

Ayam bakar dengan oren, asam jawa, dan jintan putih

Sweet, sour, savoury deliciousness

Ayam bakar dengan oren, asam jawa, dan jintan putih

Lain kali masak

Vangi bhath (Nasi terung & dal)
Sarak diilhamkan kerabu
Ayam bakar dengan oren, asam jawa, dan jintan putih
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk