Periuk logo
Periuk logo
Pulut kacau

Juga dikenali sebagai wajik, manisan ini lazim dihidangkan di majlis kenduri. Versi ini mempunyai tekstur yang tidak terlalu kenyal atau lembut, dan juga rasa yang tidak terlalu manis. Pastikan anda ada teman untuk membuat hidangan ini supaya anda boleh bergilir semasa mengacau.

Mangkuk dari Ilham Ceramic Studio.

Pulut kacau

oleh Kalsom Mahmud

Hidangan: 20

Masa penyediaan: Banyak bersabar

Hidangan: 20

Masa penyediaan: Banyak bersabar

1kg beras pulut
1kg santan pekat
1kg gula melaka atau gula merah
150g gula putih
½ sdt kapur makan

  1. Bersihkan beras pulut dan rendam selama 6 jam.
  2. Didihkan air dalam pengukus menggunakan api sederhana. Sejat dan kukus beras pulut untuk lebih kurang 30 minit.
  3. Setelah pulut masak, keluarkan dari pengukus ke dalam bekas dan sejukkan.
  4. Masak gula melaka atau gula merah dengan 500ml air menggunakan api yang kecil. Setelah cair, tapiskan air gula ini.
  5. Bancuh kapur dengan 25 ml air dan hancurkan sehingga campuran hening.
  6. Masukkan santan pekat, gula putih, dan air gula melaka / gula merah ke dalam periuk.
  7. Pasangkan api yang sederhana dan kacau selalu menggunakan sudip kayu.
  8. Apabila campuran santan dan gula telah menggelegak, masukkan air kapur dan kacau sehingga agak pekat.
  9. Masukkan pulut dan kacau hingga masak dan naik baunya. Ini akan siap apabila pulut tidak melekat pada sudip kayu.
  10. Tutup api dan masukkan pulut kacau ke dalam dulang untuk disejukkan.
  11. Setelah sejuk, pulut kacau ini boleh dimasukkan ke dalam bekas yang lebih kecil dan dihiaskan mengikut suka — dengan kacang goreng atau gula manik warna-warni.

Panduan

  • Guna periuk yang agak besar, sesuai dengan sukatan adunan supaya senang di kacau.

Ramuan

1kg beras pulut
1kg santan pekat
1kg gula melaka atau gula merah
150g gula putih
½ sdt kapur makan

Arahan

Lain kali masak

Kuih talam

Lembut, manis, lazat

Kuih talam

Gulai kuning ayam

Gulai lemak yang tidak cerewet

Gulai kuning ayam

Nasi ponggal

Persembahan manis untuk dewa-dewi

Nasi ponggal

Lain kali masak

Kuih talam
Gulai kuning ayam
Nasi ponggal
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk