Periuk logo
Periuk logo
Mochai karuvadu kuzhambu (Kari kekacang & ikan masin)

Apabila Sheela masih kecil, datuknya yang dari Sri Lanka mengajar Sheela dan sepupu-sepupunya tentang pelbagai jenis kekacang yang disimpan datuknya dalam tin biskut lama. Salah satu cara kegemaran Sheela untuk menyaji kekacang penuh protein ini merupakan kari tradisional kekacang dan ikan masin. Setiap kali datuknya memasak kari ini, baunya semerbak satu rumah. Kari ini enak dimakan dengan nasi ‘parboiled rice’, roti, tosai, idli, atau idiyappam.

oleh Sheela Kanagasabai

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

UNTUK KEKACANG:

1 cawan kekacang mochakottai

1 sdt serbuk kunyit

½ sdt garam

UNTUK KARI:

100g ikan kurau kering, dipotong kepingan 4″

2 sdm serbuk kari ikan

1 sdm serbuk cili

½ sdt serbuk kunyit

5 sdm minyak masak

2 batang daun kari, daun sahaja

1 sdt panch poron—campuran 5 rempah: jintan manis, halba, jintan putih, habbatus sauda, biji sawi

1 sdt jintan putih

½ sdt dal putih atau ulundu paruppu

¼ sdt biji halba

20 bawang merah, dikopek dan dihiris nipis

2″ halia, ditumbuk lumat

10 ulas bawang putih, ditumbuk lumat

125ml air perahan asam jawa

2 terung saiz sederhana, dipotong dadu besar

3 cili hijau, dihiris panjang

2 kentang besar, dikopek dan dan dipotong dadu besar

4 lenggai kelur/sayur kacang moringa/முருங்கை, dipotong batang 3″

2 tomato, dipotong dadu besar

250ml santan

Seikat kecil daun ketumbar, dihiris (untuk hiasan)

  1. Malam sebelumnya: Bilas kekacang mochakottai. Letak di dalam mangkuk dan rendam dengan sekurang-kurangnya 1″ air. Biarkannya rendam semalaman.
  2. Pada hari memasak, tapis kekacang dari air rendaman dan bilas. Masukkan kekacang ke dalam bekas periuk tekanan dapur gas atau elektrik. Masukkan 500ml air, 1 sdt serbuk kunyit dan secubit garam. Kacau rata dan tutup periuk. Masak kekacang dengan tekanan tinggi selama 15 minit, dan lepaskan stim. Tapis kekacang dan ketepikan, dan simpan juga air masakan yang ditapis tadi dalam mangkuk berasingan.
  3. Rendam kepingan ikan kurau selama 10 minit. Sambil itu, campurkan serbuk kari, serbuk cili, dan serbuk kunyit dalam mangkuk kecil bersama 100ml air suam. Kacau sehingga menjadi pes pekat.
  4. Apabila ikan sudah direndam 10 minit, alihkan kepingan ikan dari air rendaman. Bilas ikan dan keringkan dengan tuala kertas dapur.
  5. Dalam kuali atau periuk besar, panaskan 5 sdm minyak masak dengan api sederhana. Apabila minyak mula berkilau, masukkan ikan kurau yang direndam tadi dan goreng sehingga sedikit keemasan, lebih kurang 2 minit setiap belah. Angkat dan ketepikan.
  6. Dalam minyak yang sama, masukkan daun kari, panch poron, jintan putih, urad dal, dan biji halba. Goreng sehingga biji sawi dalam panch poron mula meletup, lebih kurang dalam 30 saat.
  7. Masukkan hirisan bawang merah dan tumis sehingga mula layu, lebih kurang 4-5 minit.
  8. Masukkan pes halia dan bawang putih yang ditumbuk ke dalam kuali dan tumis sehingga mula perang, lebih kurang 1-2 minit lagi.
  9. Masukkan pes serbuk kari, serbuk cili, dan serbuk kunyit. Perlahankan api ke nyalaan kecil. Kacau rata dan tumis sehingga pecah minyak, lebih kurang 8-10 minit.
  10. Tuangkan masuk air masakan kekacang bersama air perahan asam jawa. Kacau sebati, kemudian masukkan terung, cili, kentang, lenggai kelur, dan tomato ke dalam kuali. Biarkan sayuran mereneh sehingga lembut, lebih kurang 15 minit, dan kacau sekali sekala.
  11. Apabila sayuran lembut, masukkan mochakottai yang telah masak dan ikan kurau goreng ke dalam kari. Tuang masuk santan dan reneh lagi kari selama 2-3 minit sambil mengacau dengan perlahan.
  12. Perasakan dengan garam jika perlu. Hati-hati, jangan terlalu banyak garam, kerana ikan kurau mungkin telah cukup masin.
  13. Tutupkan api dan hiaskan dengan hirisan daun ketumbar. Hidangkan semasa masih hangat.

Panduan

  • Seperti banyak kari yang lain, lauk ini lagi sedap dihidang hari esok. Tambah sedikit air dan panaskan menggunakan api kecil.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Shukto

Lauk Benggali yang pahit tapi lazat

Shukto

Kangkung belacan

Lauk sayuran amat klasik

Kangkung belacan

Sambal ikan halba

Rempah halba berlimpah di dalam lauk ini

Sambal ikan halba

Lain kali masak

Shukto
Kangkung belacan
Sambal ikan halba
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk