Periuk logo
Periuk logo
Makaroni goreng

Okay, namanya ‘makaroni goreng’, tapi anda boleh je guna apa jenis bentuk pasta, asalkan yang jenis pendek. Hidangan ini dinamakan sedemikian kerana makcik Melayu selalu memanggil semua pasta jenis panjang ‘spaghetti’ dan semua pasta jenis pendek ‘makaroni’. Memang kebanyakan makcik Malayu akan ada versi makaroni goreng mereka tersendiri, senang untuk dihidang semasa majlis atau kenduri yang dihadiri kanak-kanak cerewet. Makaroni goreng ini versi Alia, diilhamkan makaroni goreng yang dimasak makcik-makciknya semasa dia membesar, diubah suai mengikut citarasanya sendiri (memandangkan yang dia juga sekarang seorang makcik).

Makaroni goreng

oleh Alia Ali
Alia Ali

Hidangan: 8

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 8

Masa penyediaan: Ringkas

500g pasta kering jenis pendek (eg penne, fusilli, elbow macaroni)

2 sdm minyak masak

1 bawang besar, dikopek dan dipotong dadu

3 ulas bawang putih, dikopek dan dicincang halus

1 sdm daun oregano kering atau campuran ‘Italian herbs’

Garam secukup rasa

Lada hitam halus, secukup rasa

200g daging lembu cincang

400g cendawan campuran, dibersihkan dan kepingan besar dihiris

1 tin (400g) tomato cincang

  1. Masak pasta mengikut cara yang tertera pada bungkusan. Pasang timer untuk 1 minit kurang daripada masa masakan pasta (eg kalau pasta akan masak dalam masa 10 minit, pasang timer untuk 9 minit).
  2. Dalam kuali, panaskan minyak masak menggunakan api sederhana. Apabila minyak mula berkilau, masukkan bawang besar dadu, bawang putih cincang, oregano kering, garam, dan lada hitam. Tumis selama 1 minit, kemudian masukkan daging cincang. Ratakan daging cincang dan biarkan selama 30 saat sebelum mengacau dan membiarkannya selama 30 saat lagi.
  3. Masukkan potongan cendawan dan goreng untuk 2 minit, mengacau sekali sekala. Tuangkan tomato cincang dan campur sebati. Perasakan dan ubahsuai jika perlu. Ingat bahawa sos daging dan cendawan ini haruslah terlebih masin kerana akan dicampur dengan pasta nanti. Teruskan memasak sambil menunggu timer memasak pasta berbunyi.
  4. Apabila timer berbunyi, tapis dan alihkan pasta dari air masakan terus ke dalam kuali. (Jangan risau kalau ada air rebusan termasuk, ini akan kering nanti!) Apabila semua pasta sudah di dalam kuali, kuatkan api ke nyalaan tinggi dan goreng seperti and sedang memasak mi atau nasi, mengacau dan sering membalik-balikkan kepingan pasta sehingga sebati dengan sos. Selepas 1-2 minit, air berlebihan dalam kuali akan kering. Tutup api dan alihkan pasta ke mangkuk hidangan.
  5. Hidang bersama serbuk cili kering, parutan keju parmesan, dan lada hitam ekstra.

Panduan

  • Daging lembu cincang boleh digantikan dengan jenis daging yang digemari—ayam, babi, dan kambing semua enak.
Baca seterusnya:  halal, kenduri, pasta, ringkas

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Pasta puttanesca dengan sardin

Sos pasta dalam kuali

Pasta puttanesca dengan sardin

Mihun lada hitam

Mihun goreng yang pantas dan tak leceh

Mihun lada hitam

Carbonara bawang & minyak sapi makan seorang

Minyak sapi dalam carbonara? Cuba dulu!

Carbonara bawang & minyak sapi makan seorang

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk