Periuk logo
Periuk logo
Kuetiau sup

Kata Safinaz, janji ada bawang putih dan mi pilihan, mi sup ini boleh diubah suai mengikut cita rasa masing-masing. Kali ini, dia membuat mi sup ini dengan kuetiau seperti ibunya, yang akan memasak sup ini apabila anaknya jemu menghadap nasi atau tetamu datang secara mengejut. Lihat bahagian Panduan untuk idea membuat sup ini dengan cara tersendiri.

Kuetiau sup

oleh Safinaz Yazed

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

2 sdm minyak masak

10 ulas bawang putih, dikupas dan diketuk

2 liter air

8 biji bebola ikan/makananan laut beku pilihan (atau lebih), dinyahsejuk beku

1 keping tauhu keras, dihiris tebal

2 batang sawi atau bayam, dipotong 2″ inci

2 tomato, dipotong baji

Garam secukup rasa

Lada putih secukup rasa

400g kuetiau segar

UNTUK HIDANGAN:

Bawang goreng

Daun sup, dihiris halus

  1. Tuang minyak masak ke dalam periuk sedang. Masukkan bawang putih dan letak periuk atas nyalaan api sederhana kecil. Tumis sehingga berbau wangi, lebih kurang satu minit.
  2. Tuang 2 liter air atau pati perisa, bersama makanan laut, tauhu, dan sayuran. Kuatkan api ke nyalaan sederhana. Perasakan dengan garam dan lada putih, dan biarkannya mendirih untuk 2-3 minit, atau sehingga daun sayuran menjadi hijau terang. Tutup api.
  3. Masak kuetiau segar mengikut arahan pada bungkusan. Bahagikan kuetiau masak kepada 4 mangkuk.
  4. Tuang sup ke atas kuetiau dan hidang bersama bawang goreng dan hirisan daun sup.

Panduan

  • Bawang putih wajib untuk sup ini, tetapi perisa lain boleh digunakan untuk menambah rasa, seperti kicap, sos ikan, pati ayam, dan serbuk cendawan.
  • Kuah sup boleh dimasak dahulu dan kuetiau dimasukkan sebelum menghidang.
  • Mi udon segar boleh digunakan, atau apa jenis mi yang degemar mengikut berat yang sama.
  • Guna minyak cili kegemaran anda atau sambal kicap ini untuk menambah rasa pedas.
Baca seterusnya:  halal, kuetiau, mi, ringkas

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Sambal tumis ubi kayu

Beralih ke ubi untuk sarapan pagi

Sambal tumis ubi kayu

Khanom jeen nam ya / Mi kari ikan Selatan Thailand

Mi ala Thai berkrim

Khanom jeen nam ya / Mi kari ikan Selatan Thailand

Mi tomato makan seorang

Rasa nostalgia dari gerai kegemaran

Mi tomato makan seorang

Lain kali masak

Sambal tumis ubi kayu
Khanom jeen nam ya / Mi kari ikan Selatan Thailand
Mi tomato makan seorang
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk