Periuk logo
Periuk logo
Kangkung masak budu

Menggunakan budu sebagai perasa ialah cara cepat dan mudah untuk menghasilkan rasa savuri dalam hidangan, sama seperti menggunakan sos ikan. Dalam resipi ini ibu Monica menggunakan budu dan kangkung untuk lauk yang teramat senang dimasak.

Kangkung masak budu

oleh Kai ma Keow

Menggunakan budu sebagai perasa ialah cara cepat dan mudah untuk menghasilkan rasa savuri dalam hidangan, sama seperti menggunakan sos ikan. Dalam resipi ini ibu Monica menggunakan budu dan kangkung untuk lauk yang teramat senang dimasak.

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

1 sdm minyak sayuran

2 ulas bawang putih, dikupas dan dipotong

2 bawang merah kecil, dikupas dan dihiris nipis

1 ikat (300g) kangkung, dipotong 2″ 

10 cili padi, dipotong (secukup rasa)

2 sdt budu (secukup rasa)

  1. Panaskan kuali menggunakan api sederhana. Apabila kuali panas, tuang masuk minyak sayuran. Bila minyak berkilau, tambahkan bawang putih dan bawang merah kecil. Tumis selama 2-3 minit, sehingga bawang layu.
  2. Tambahkan kangkung dan tumis selama 1 minit. Tutupkan kuali selama 2-3 minit supaya sayur cepat layu.
  3. Tambahkan cili padi dan budu, gaul sebati. Rasakan dan tambahkan budu kalau perlu. 
  4. Hidangkan dengan nasi panas.

Panduan

  • Tangkai dan daun kangkung boleh dimasukkan secara berasingan supaya masak sekata. Pada langkah 2, tambahkan tangkai dan masak selama 3 minit (masa berkurang jika guna penutup kuali). Kemudian tambahkan daun kangkung dan masakkan lagi 2 minit.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Poriyal kacang buncis

Kacang hijau berempah penuh berperisa

Poriyal kacang buncis

Char swee (Timun masak cuka)

Timun masak? Apa salahnya!

Char swee (Timun masak cuka)

Kubis goreng badam

Sentuhan penuh aromatik pada tumisan

Kubis goreng badam

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk