Periuk logo
Periuk logo
Bubur ‘bitter’

Macam mana hidangan yang hanya lima ramuan boleh rasa sangat kompleks? Bubur bitter ialah sejenis bubur nasi yang didapati di meja makan orang Lunbawang di tanah tinggi Sarawak. Celestine dan Sharon mencuba bubur ini semasa bercuti di Ba’kelalan, sekumpulan sembilan perkampungan berdekatan sempadan Kalimantan. Mereka gembira apabila mendapati bahawa bubur ini senang dimasak di dapur KL mereka. Walaupun namanya ‘bitter’, rasanya tidak pahit langsung, dan memberi rasa agak lemak berkrim tanpa ramuan berlemak atau berkrim.

Resepi ini diterbit dalam Sakai in the City; dikongsi dengan izin oleh penulis Celestine & Sharon.

Bubur ‘bitter’

oleh Celestine Lau and Sharon Semion

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

100g beras adan, dibilas (lihat Panduan)

1.25 liter air

300g pucuk kundur, ambil daunnya sahaja dan hiris nipis

½ sdt garam

½ sdt MSG

  1. Letak beras adan ke dalam periuk bersaiz sederhana dengan kesemua air. Hidupkan api besar. Apabila air mula mendidih, perlahankan api ke nyalaan sederhana kecil dan biarkan nasi mereneh. Kacau sekali sekala supaya nasi tidak melekat ke dasar periuk.
  2. Apabila nasi separuh masak, lebih kurang 10 minit, masukkan hirisan pucuk kundur, garam, dan MSG. Kacau dan biarkan mereneh untuk lebih kurang 10-15 minit lagi sehingga mencapai tekstur bubur yang anda suka. Ingat, kacau sekali sekala!
  3. Rasa. Kalau garam dan MSG sudah cukup, tutup api dan hidangkan.

Panduan

  • Beras adan tidak ada gantinya dalam resepi ini. Tapi nasib baik, beras ini senang dicari di Shopee ataupun melalui salah satu penjual bahan makanan tempatan kegemaran kami, Langit Collective.
  • Kalau anda boleh dapat pucuk timun, ini lagi sedap. Pucuk labu boleh digunakan juga.
Baca seterusnya:  halal, ringkas, vegan, vegetarian

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Mihun lada hitam

Mihun goreng yang pantas dan tak leceh

Mihun lada hitam

Bubur nasi vegetarian

Bubur vegetarian sepanjang musim

Bubur nasi vegetarian

Nasi Jollof

Nasi tomato penuh perisa

Nasi Jollof

Lain kali masak

Mihun lada hitam
Bubur nasi vegetarian
Nasi Jollof
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk