Periuk logo
Periuk logo
Babi kuah tomato

Bertahun lalu, sebelum Pei Ru ke UK untuk meneruskan pelajarannya, dia meminta resepi-resepi mudah dari neneknya supaya dia dapat memasak lauk tanpa kemahiran tinggi. Salah satu resepi yang diberi neneknya adalah resepi ini—likat berlemak, penuh nostalgia, dan masih sedap tanpa mengira ketepatan ramuan. Resepi ini mudah untuk disediakan untuk mereka yang berdapur kecil dan belanjawan kecil, tetapi rasanya hampir mewah. Cuba tukar kuantiti ramuan mengikut kesukaan anda, dan hidangkan bersama karbohidrat kegemaran.

Babi kuah tomato

oleh Pei Ru

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Ringkas

200g daging babi (bahagian kaki depan), dipotong 2″

1 sdm kicap cair

1 sdm sos tiram

½ sdm gula

1 sdt lada hitam kisar halus

½ sdm tepung jagung

1 sdm minyak masak

3 sdm sos tomato

1 sdt biji bijan putih sangai

  1. Letak potongan daging babi ke dalam mangkuk bersama kicap cair, sos tiram, gula, lada hitam, dan tepung jagung. Campur dan ramas sepenuhnya, kemudian biarkan selama 10 minit.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak masak dengan api sederhana. Apabila minyak mula berkilau, masukkan potongan daging yang diperap tadi ke dalam kuali. Goreng selama lebih kurang 2 minit, kemudian balikkan dan goreng untuk 2 minit lagi.
  3. Tutupkan api. Tuangkan sos tomato dan kacau. Pastikan kerak lemak di kuali dicampurkan sekali menjadi sos yang pekat.
  4. Letakkan kepingan daging ke atas pinggan dan tuangkan kuah tomato ke atas daging. Tabur biji bijan ke atas lauk. Hidangkan semasa masih hangat.

Panduan

  • Resepi ini mudah diubah suai. Lebihkan atau kurangkan ramuan, tukar lada hitam untuk lada putih, atau campurkan kicap pekat jika suka. Apa anda mahukan adalah daging yang tidak terlalu masak dilumuri sos likat kemasaman.
  • Kalau anda tidak gemar daging babi, anda boleh menggunakan potongan chicken chop, iaitu drumstick ayam yang telah dibuang tulangnya.
Baca seterusnya:  daging babi, ringkas

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Orh oh bak (Keladi dan babi masak kicap)

Hidangan sederhana tapi memberangsangkan

Orh oh bak (Keladi dan babi masak kicap)

Masala daging luncheon

Lauk makan tengah hari yang pedas

Masala daging luncheon

Udang masak bawang

Lauk 3 bahan yang menarik

Udang masak bawang

Lain kali masak

Orh oh bak (Keladi dan babi masak kicap)
Masala daging luncheon
Udang masak bawang
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk