Periuk logo
Periuk logo
Ayam keladi

Nenek Emma selalu masak lauk ini di masa mudanya. Resepi ini kemudian diturunkan kepada ibu Emma yang kadang-kadang akan tukarkan ayam kepada babi. Lauk ini enak dinikmati malam minggu, dengan kekenyalan dan kelembutannya—payah untuk dijumpai di restoran. Siap sedia untuk merasai daya tariknya yang menenangkan dan selesa.

Ayam keladi

oleh Chong Eu Ngoh

Masa penyediaan: Ringkas

Ayam keladi

Masa penyediaan: Ringkas

3 sdm minyak masak, diasingkan

2 peha ayam  & 2 drumsticks, dipotong dalam bahagian besar

1kg keladi, dikupas dan dipotong dalam bahagian besar

2 sdm kicap cair, diasingkan

2 sdt nam yue (tauhu yang ditapai)

2 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang

1⁄2 sdt gular

1 fillet kecil ikan masin mui heong, dibaji (jika mahu)

  1. Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan 2 sdm minyak masak. Setelah minyak mula berkilau, cepat-cepat goreng ayam untuk memanggang kulitnya dan masukkan 1 sdm kicap cair. Keluarkan ayam dari minyak dan letak ke tepi dalam mangkuk.
  2. Masukkan keladi dalam minyak yang sama. Kurangkan api ke sederhana rendah, dan goreng sampai keladi berubah warna. Keluarkan keladi dari minyak dan letakkan bersama dengan ayam yang digoreng tadi.
  3. Jika tidak cukup minyak dalam kuali, masukkan satu sudu kecil minyak masak. Kacaukan nam yue, bawang putih yang sudah dicincang, 1 sdt lagi kicap cair, dan gula. Setelah sebati, masukkan ayam dan keladi semula. Goreng sampai wangi.
  4. Masukkan air yang cukup untuk meliputi ayam dan keladi, dan tutup kuali itu. Kurangkan api ke sangat rendah, dan reneh sambil kacau sekali-sekala.
  5. Cuba kelembutan keladi dengan mencucuknya dengan pisau yang nipis, atau garpu. Teruskan memasak atau masukkan air jika perlu. Jika keladi itu sudah lembut, tutupkan api tapi jangan angkat penutup kerana kandungan kuali akan terus masak dalam baki panas itu.
  6. Jika gunakan ikan mui heong: Semasa kandungan kuali masih hangat, panaskan kuali leper dalam api sederhana. Masukkan 1 sdm minyak masak. Apabila minyak sudah berkilau, masukkan baji mui heong dan goreng sehingga keperangan dan sedikit rangup. Angkat ikan dari minyak dan letakkan atas ayam keladi lauk dan sedia dihidang.

Panduan

  • Jika anda suka tekstur keladi lebih pejal, laraskan waktu memasak ikut kesesuaian.
  • Hidang dengan sayur kacau goreng atau kisar untuk rasa yang berlawanan dengan kekenyalan dan kelembutan ayam dan keladi.
Baca seterusnya:  ayam, bebas gluten, keladi, ringkas

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Ayam kunyit tumis-reneh

Ayam kunyit yang tidak digoreng

Ayam kunyit tumis-reneh

Gulai kuning ayam

Gulai lemak yang tidak cerewet

Gulai kuning ayam

Sup manuk lihing

Bagus untuk cuaca dingin dan ibu baru

Sup manuk lihing

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk