Periuk logo
Periuk logo
Ayam kacangma

Lauk pantang Hakka ini sangat terkenal di Sarawak. Pada mulanya terkenal di kalangan orang Cina, lauk ini sekarang dinikmati oleh masyarakat lain juga. Ada juga keluarga Hakka yang menghidang lauk ini semasa Tahun Baru Cina. Secara tradisi, lauk ini menggunakan wain manis Hakka, tetapi versi Dayu menggunakan langkau. Ini memberi rasa alkohol yang kuat dan meningkatkan rasa pahit lauk ini.

Ayam kacangma

oleh Dayu Pila

Hidangan: 8

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 8

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

1 ayam kampung (700g), dipotong kepada bahagian kecil (buangkan kepada, kaki, dan bahagian dalam)

15g daun kering kacangma

450ml air

½ sdm minyak bijan

150-250ml langkau (ikut rasa)

Garam secukup rasa

Pes halia

100g halia tua, dikupas dan dihiris

60ml air

  1. Kalau ayam belum dipotong, buang kepala, kaki, dan bahagian dalam. Potong menjadi saiz kecil atau mengikut bahagian ayam, dan letakkan di dalam mangkuk besar.
  2. Letakkan daun kacangma di dalam kuali kering (tanpa minyak) dan nyalakan api sederhana. Sangai untuk 5 minit sehingga daun betul-betul kering; bunyinya seakan memijak daun kering.
  3. Serta-merta letakkan daun kering dan panas ke dalam lesung. Tumbuk sehingga menjadi serbuk. Ketepikan.
  4. Pes halia: Kisar hirisan halia tua dengan air sehingga tidak berketul. Tuangkan pes halia melalui tapis ke dalam mangkuk ayam. Pastikan jus halia dicampur rata. Simpan pes halia kering yang ditapis.
  5. Panaskan kuali menggunakan nyalaan api sederhana. Masukkan ½ sdm minyak bijan. Masukkan pes halia kering yang ditapis, dan tumis untuk lebih kurang 2 minit.
  6. Masukkan ayam ke dalam kuali bersama jus halia. Kacau sehingga pes halia rata dicampur dengan ketulan ayam.
  7. Tutup kuali dan kuatkan api ke nyalaan besar. Masak untuk 10 minit dan kacau sekali-sekali supaya ayam masak dengan sekata dan air mula mendidih. Ayam akan mengeluarkan airnya juga apabila dimasak.
  8. Tuangkan masuk 450ml air, tutup kuali, dan masak untuk 10 minit lagi, kacau sekali-sekala.
  9. Masukkan kacangma ditumbuk, tutup kuali, dan masak untuk 10 minit lagi (tak perlu kacau).
  10. Tuangkan masuk 150ml langkau. Kacau dan rasa. Kuahnya sepatutnya rasa agak kuat, kombinasi halia pedas, kacangma, dan alkohol. Kalau perlu, tambahkan lagi 100ml langkau. Tutup dan masak untuk 5 minit lagi, atau sehingga ia mendidih.
  11. Perasakan dengan garam dan kacau.
  12. Hidangkan dengan nasi panas.

Panduan

  • Lauk ini juga dimakan oleh wanita Muslim semasa berpantang. Versi ini tidak menggunakan alkohol, dan rasa lauk ini akan lebih kepada halia dan kacangma.
  • Daun kacangma dan langkau boleh didapati dalam talian (kami membelinya di Shopee).
  • Untuk rasa yang lebih manis dan kurang beralkohol, gantikan langkau dengan wain putih Hakka atau wain kuning Hakka.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Kari ayam berkrim dan berempah

Ini bukan kari mak awak

Kari ayam berkrim dan berempah

Ayam pongteh nenek

Versi ini dipenuhi bawang putih

Ayam pongteh nenek

Sup manuk lihing

Bagus untuk cuaca dingin dan ibu baru

Sup manuk lihing

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk