Moyang Michelle pernah memberitahunya bahawa kebolehan seseorang memakan ayam wain merah adalah seakan ujian kalau orang itu benar-benar berdarah Foochow. Rasanya unik—lagi kuat rasa wain merah, lagi sedap. Wain beras yis merah merupakan bahan yang dibuat di rumah, oleh itu perisanya akan mempengaruhi kuah mi sup ini. Wain buatan nenek Michelle sering berasa masam, dan wain buatan adik neneknya berasa manis, walaupun mereka berdua menggunakan ramuan dan proses yang sama. Perasakan menggunakan kicap cair dan wain halia mengikut citarasa anda.

Hidangan: 4
Masa penyediaan: Kena rajin sikit
Hidangan: 4
Masa penyediaan: Kena rajin sikit
BAHAN PERAP:
1kg ayam kampung, dipotong kecil (lihat Panduan)
1 sdm pes yis beras merah (lihat Panduan)
¼ sdt garam
¼ sdt lada putih
BAHAN KUAH:
80g cendawan shiitake kering
80g cendawan hitam kering (black fungus)
1″ halia, dikopek dan dihiris nipis
3 sdm minyak bijan
50g bawang putih, dikopek
2 sdm pes yis beras merah
300ml wain beras yis merah, dibahagi
1L stok ayam
100ml wain halia (jika suka)
1 ½ sdm kicap cair
BAHAN MI:
1L air
4 buku mi sua