Periuk logo
Periuk logo
Kek sifon berempah

Kalau terfikir Deepavali, anda mungkin fikirkan adhirasam dan manisan kelapa, tetapi sepotong kek gebu selepas puas menjamu kari kambing juga enak. Kek sifon ini penuh rempah dan daun teh laksana secangkir chai berbentuk kek. Tak susah sebenarnya nak membuat kek sifon, cubalah petua yang dijelaskan di bawah. Kami syorkan penggunaan bekas kek sifon aluminium yang mudah didapati dalam talian atau di kedai bahan bakeri.

Kek sifon berempah

oleh Surekha Ragavan
Surekha Ragavan

Kalau terfikir Deepavali, anda mungkin fikirkan adhirasam dan manisan kelapa, tetapi sepotong kek gebu selepas puas menjamu kari kambing juga enak. Kek sifon ini penuh rempah dan daun teh laksana secangkir chai berbentuk kek. Tak susah sebenarnya nak membuat kek sifon, cubalah petua yang dijelaskan di bawah. Kami syorkan penggunaan bekas kek sifon aluminium yang mudah didapati dalam talian atau di kedai bahan bakeri.

Hidangan: 12 potongan kek

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 12 potongan kek

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

KERING:

170g tepung kek

1.5 sdt serbuk penaik

3 sdt serbuk kayu manis

1 sdt serbuk pelaga

1 sdt serbuk halia

¼ sdt serbuk bunga cengkih

¼ sdt parutan segar buah pala (jika suka)

¾ sdt garam

2 uncang teh (dipotong untuk mengeluarkan serbuk teh) atau lebih kurang 5g daun teh hitam dicincang halus

CECAIR:

135ml susu penuh krim

100ml minyak masak biasa seperti canola atau bunga matahari

7 kuning telur

50g gula

1 sdt ekstrak vanila

MERINGUE:

7 putih telur

½ sdt krim tartar (jika suka)

140g gula

PERALATAN KHAS

Bekas aluminium kek sifon 9 inci dengan dasar yang boleh diasingkan/removable base (tapi bukan yang tidak melekat)

Pengadun makanan dengan whisk attachment

  1. Letak rak 3 inci dari dasar ketuhar. Panaskan ketuhar ke 170°C. Ketepikan bekas aluminium kek sifon; jangan sapukan minyak atau lapikkan kertas.
  2. Dalam mangkuk bersaiz sederhana, ayak semua ramuan kering dan gaul sebati. Ketepikan. Dalam mangkuk bersaiz besar, tuang semua ramuan cecair dan kacau sebati.
  3. Masukkan ⅓ ramuan kering dan kacau sehingga tiada ketulan terlihat. Ulang 2 kali lagi. Ketepikan campuran ini.
  4. Untuk meringue, letak putih telur dan krim tartar ke dalam mangkuk pengadun makanan. Dengan whisk attachment, pukul telur pada kelajuan sederhana sehingga berbuih. Semasa pengadun masih berjalan, tambahkan gula sesudu demi sesudu dan terus memukul sehingga meringue mula berkilat dan berbentuk soft peaks. Kurangkan kelajuan ke sederhana perlahan dan pukul lagi sehingga terbentuk stiff peaks. Anda akan tahu kalau tercapai stiff peaks semasa anda mematikan pengadun dan mengangkat sedikit meringue dengan whisk; meringue sepatutnya kukuh tetapi sedikit lentur pada hujungnya. Anda boleh memukul terlalu lama dengan tidak sengaja, jadi beri perhatian sepenuhnya pada langkah ini.
  5. Campurkan sedikit meringue kepada campuran tepung-kuning telur tadi. Kacau sehingga sebati. Ini akan membantu adunan ini lebih berangin supaya lebih senang untuk anda memasukkan kesemua meringue lain.
  6. Guna spatula silikon atau getah. Masukkan seperempat meringue ke dalam campuran tepung-kuning telur dan gaul dengan perlahan supaya meringue tidak kempis. Gunakan spatula anda untuk “memotong” campuran ini di tengah mangkuk dan gerakkan spatula dari bawah ke atas melalui sisi mangkuk— bayangkan anda sedang melukis huruf D besar. Teruskan menggaul dengan perlahan sehingga meringue sebati dalam adunan dan ulang lagi 3 kali sehingga semua meringue telah dicampur. Pastikan semua meringue dicampur sebati supaya tiada jalur putih kelihatan apabila kek sudah dibakar.
  7. Tuang adunan ini ke dalam bekas aluminium kek sifon. Angkat bekas ini lebih kurang 6 inci dari permukaan meja dan lepaskannya supaya buih besar pecah.
  8. Bakar kek selama 40-45 minit. Kek cukup masak jika batang satay yang dicucuk ke dalam kek berasa kering dan tidak melekit. Alihkan bekas dari ketuhar dan dengan serta-merta, angkat bekas lebih kurang 6 inci dari permukaan meja dan jatuhkan bekas. Ini akan menghadkan pengempisan kek. Letak bekas ini secara terbalik di atas rak dah biarkan kek menyejuk dalam bekas.
  9. Apabila kek tidak panas lagi, balikkan kembali bekas. Guna pisau kecil dan gerakkannya antara kek dan permukaan bekas, di luar dan pada tiub di dalam. Tolak dasar bekas supaya kek keluar dari bekas luar. Gerakkan pisau kecil antara kek dan dasar bekas sebelum mengalihkan dasar bekas dari kek. Potong kek menggunakan pisau bergerigi supaya kek tidak penyek.

Panduan

  • Kek ini boleh dibalut ketat atau disimpan dalam bekas kedap udara pada suhu bilik untuk lebih kurang 3 hari. Paling enak dijamu pada hari selepas dibakar.
  • Kami menggunakan telur besar berat 55g (tanpa kulit). Ikut keberatan ini kalau menggunakan telur yang lebih besar atau lebih kecil.
  • Kalau menggunakan bekas 7 inci, kurangkan separuh semua ramuan dan bakar pada suhu sama untuk lebih kurang 30-35 minit.
  • Jangan risau kalau permukaan kek merekah. Hidangkan kek secara terbalik kalau anda mahu sembunyikan rekahan ini.
  • Tepung kek digunakan supaya kek ringan dan gebu. Kalau anda tidak dapat membeli tepung kek, guna tepung serbaguna dan gantikan 20g dengan tepung jagung. Ayak campuran ini 2 kali sebelum diguna.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Kek mentega mewah

Kudapan petang yang mewah

Kek mentega mewah

Nasi ponggal

Persembahan manis untuk dewa-dewi

Nasi ponggal

Flan Horlicks

Kerana kami sangat sukakan Horlicks

Flan Horlicks

Lain kali masak

Kek mentega mewah
Nasi ponggal
Flan Horlicks
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk