Periuk logo
Periuk logo
Flan Horlicks

Kadangkala, apabila rakan sekerja mencabar satu sama lain untuk menulis resepi, hasil yang lazat akan muncul. Resepi ini tercetus apabila Alia mengadu yang kami belum ada resepi manisan. Dia menanya Surekha, “Cubalah buat sesuatu dengan, entah, Horlicks ke?” Flan Horlicks ini mempunyai tekstur yang ngam dan tidak terlalu muak. Bolehlah makan satu flan sekaligus (atau keempat-empat sekali).

Pinggan dari Ilham Ceramic Studio.

Flan Horlicks

oleh Surekha Ragavan
Surekha Ragavan

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Flan Horlicks

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

KARAMEL

80g gula putih

2 sdm air suam

2 sdm air panas

KASTARD

500ml susu penuh krim

100g serbuk Horlicks

2 telur

2 kuning telur

Secubit garam

  1. Panaskan ketuhar kepada suhu 150C dan letakkan rak atau dulang ketuhar di posisi tengah. Letakkan empat ramekin (atau bekas tahan ketuhar lain yang berkapasiti minimum 150ml) ke dalam mangkuk ketuhar besar yang bersisi lebih tinggi daripada ramekin. Ini akan digunakan untuk rendaman air nanti (lihat nota di bawah untuk maklumat tentang rendaman air).
  2. Untuk karamel: Letakkan gula dan 2 sdm air suam ke dalam periuk bersaiz sederhana. Panaskan menggunakan api yang sederhana, dan kacau menggunakan sudu sehingga gula larut.
  3. Apabila gula telah larut, hentikan mengacau. Biarkan campuran ini berbuih, dan gunakan pemegang periuk untuk memusar campuran ini sekali-sekala supaya karamel berperang dengan rata.
  4. Selepas 4-6 minit, warna karamel sepatutnya bertukar menjadi ambar. Alihkan periuk dari api dan serta-merta masukkan 2 sdm air panas. Campuran ini akan menggerutup. Hati-hati dan jauhkan diri sehingga campuran ini tenang. Bahagikan karamel di antara ramekin-ramekin tadi dan pusarkan untuk melitupi permukaan bawah ramekin.
  5. Dalam periuk sama yang digunakan untuk karamel tadi (tak perlu basuh!), tuangkan susu dan hangatkan menggunakan api sederhana sehingg buih kecil timbul di tebing susu. Jangan didihkan. Gunakan pemukul telur untuk membancuh serbuk Horlicks bersama susu sehingga larut dan sebati. Karamel yang tertinggal di permukaan periuk akan cair apabila dikacau; ini akan menambahakan lagi rasa sedap kastard dan juga lebih senang untuk membasuh periuk nanti! Alihkan periuk dari api dan masukkan secubit garam. Kacau dan ketepikan.
  6. Panaskan air dalam cerek atau periuk besar sehingga mendidih. Sementara itu, dalam mangkuk yang lain, pukul telur dan kuning telur sehingga sebati. Tuang campuran Horlicks dan susu ke dalam mangkuk telur dan kacau sehingga sebati. Tapis campuran ini dan tuang sama rata ke dalam ramekin-ramekin anda (lihat gambar ke-2 di dalam galeri foto di atas).
  7. Tuang air mendidih ke dalam mangkuk ketuhar yang mengandungi ramekin, dan hati-hati supaya air tidak masuk ke dalam kastard. Air ini seharusnya setinggi sepertiga sisi ramekin. Bakar di dalam ketuhar di atas rak atau dulang yang disediakan tadi untuk 35-60 minit (lihat panduan di bawah untuk lebih maklumat tentang masa membakar).
  8. Untuk menguji kalau sudah masak, goyangkan mangkuk ketuhar dengan perlahan. Kalau kastard sudah menjadi pepejal di tebing tetapi masih bergoyang di tengah, ia sudah masak. Keluarkan ramekin daripada mangkuk ketuhar dan biarkannya menyejuk pada suhu bilik untuk satu jam. Kemudian, balut ramekin dengan plastik pembalut dan simpan di dalam peti sejuk sehingga pejal, sekurang-kurangnya 4 jam.
  9. Untuk mengeluarkan kastard, jalan pisau kecil di sekeliling kastard, di antara kastard dan ramekin. Letakkan pinggan di atas ramekin dan terbalikkan kastard ke atas pinggan dengan cepat dan yakin. Karamel sepatutnya melimpah ke atas kastard dan pinggan.

Panduan

  • Flan ini dibakar pada suhu yang perlahan dalam rendaman air. Rendaman air merupakan teknik yang digunakan untuk membakar kastard supaya isinya masak dengan rata dan perlahan, dan kekal lembap. Lihat di sini untuk lebih maklumat tentang rendaman air (pautan ditulis di dalam bahasa Inggeris).
  • Surekha berkata yang kebanyakan resepi untuk karamel krim akan meminta anda untuk membakar untuk 30-35 minit, tetapi dia mendapat yang dia selalunya harus mengambil masa sekurang-kurangnya 45-60 minit. Cara yang terbaik untuk menguji kalau sudah siap dimasak adalah untuk menggoyangkannya dengan perlahan setiap 5 minit selepas sudah dibakar selama 35 minit. Ia seharusnya pejal di tebing dan bergoyang di tengah. Kastard akan terus memejal apabila menyejuk. Kalau kastard anda bergoyang dari tebing ke tebing, maksudnya belum masak lagi.
  • Kalau anda mahukan kastard yang tampak sangat licin, selepas menuang kastard ke dalam ramekin, gunakan tisu kertas untuk meletupkan buih yang timbul di permukaan kastard. Anda juga boleh biarkan kastard di dalam ramekin untuk lebih kurang 10 minit sebelum dibakar supaya buih boleh hilang dengan sendiri. Apa-apa pun, buih ini tidak akan mempengaruhi rasa, jadi jangan risau!

Ramuan

KARAMEL

80g gula putih

2 sdm air suam

2 sdm air panas

KASTARD

500ml susu penuh krim

100g serbuk Horlicks

2 telur

2 kuning telur

Secubit garam

Arahan

Lain kali masak

Kuih talam

Lembut, manis, lazat

Kuih talam

Kek mentega mewah

Kudapan petang yang mewah

Kek mentega mewah

Nasi ponggal

Persembahan manis untuk dewa-dewi

Nasi ponggal

Lain kali masak

Kuih talam
Kek mentega mewah
Nasi ponggal
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk