Periuk logo
Periuk logo
Gaeng som

Mendiang nenek Banyen dilahirkan dan dibesarkan di selatan Thailand. Lauk ini dihidangkan sekurang-kurangnya dua kali seminggu di rumah keluarga Banyen, kerana ini lauk kegemaran ayah dan juga datuknya. Sajikan telur masin atau ikan masin bersama kuah pedas ini!

Mangkuk dari Ilham Ceramic Studio.

Gaeng som

oleh Banyen Aroonratana

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Gaeng som

Hidangan: 4

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

BAHAN TUMIS (DIKISAR):

10 cili kering besar, direndam dalam air

8 cili merah hidup

5-6 cili padi kampung (boleh lebih kalau anda mahukan yang lagi pedas)

3-4 batang serai, bahagian putih sahaja

1 labu bawang putih

3-4 bawang merah kecil

2″ kunyit hidup

2″ jari belacan

UNTUK KUAH:

½ cawan asam jawa

Garam secukup rasa

1 sdt gula

1 cawan nanas, dipotong baji kecil (ikut suka)

1 ikat kecil kangkung (ikut suka)

400g ikan berisi putih kenyal (contohnya tenggiri)

  1. Kisar atau tumbuk bahan tumis sehingga lumat.
  2. Panaskan periuk bersaiz sederhana menggunakan api yang kecil. Tumis 4 sdm bahan kisar dalam periuk tanpa minyak sehingga naik bau, lebih kurang 1 minit. Perhatikan supaya tidak hangus. Kalau nampak seperti tumis akan hangus, kecilkan api lagi dan tambahkan air sesudu demi sesudu. 
  3. Masukkan 1 cawan air dan didihkan isi periuk.
  4. Tambahkan asam jawa, garam, dan gula. Rasa kuah ini selalu.
  5. Kalau menggunakan nanas dan kangkung, boleh masukkan sekarang.
  6. Masukkan ikan ke dalam kuah dengan perlahan dan renihkan dengan perlahan sehingga ikan masak. Biarkan api kecil dan jangan kacau kuahnya.
  7. Rasa kuahnya haruslah pedas, umami, dan masam, dan cair seperti kuah asam pedas.

Panduan

  • Anggarkan bahan tumis kisar yang diperlukan mengikut jumlah ikan yang hendak dimasak. Gunakan lebih kurang 1 sdm bahan tumis kisar untuk setiap 100g ikan, dan simpan bahan tumis berlebihan di dalam peti ais sehingga 2 bulan.
  • Satu cara lain untuk memasak lauk ini adalah dengan menuang kuah yang masak ke atas ikan yang telah digoreng.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Acar hu

Jeruk ikan untuk dimakan nanti

Acar hu

Hinava tenggiri

Hanya gunakan makanan laut yang segar

Hinava tenggiri

Sambal ikan halba

Rempah halba berlimpah di dalam lauk ini

Sambal ikan halba

Lain kali masak

periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk