Periuk logo
Periuk logo
Bubur pulut hitam

Bubur pulut hitam merupakan manisan Nusantara dan Peranakan yang amat lazat, dinikmati wanita berpantang selepas melahirkan atau sesiapa sahaja yang mengidamkannya. Beras pulut dimasak dengan ramuan wangi sehingga pekat dan melekit. Jika anda mahu mewahkan lagi, tuang sedikit santan pekat ke atas bubur sebelum menghidang.

Bubur pulut hitam

oleh Kai ma Keow

Bubur pulut hitam merupakan manisan Nusantara dan Peranakan yang amat lazat, dinikmati wanita berpantang selepas melahirkan atau sesiapa sahaja yang mengidamkannya. Beras pulut dimasak dengan ramuan wangi sehingga pekat dan melekit. Jika anda mahu mewahkan lagi, tuang sedikit santan pekat ke atas bubur sebelum menghidang.

Hidangan: 6

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Hidangan: 6

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

1 cawan beras pulut hitam, dibilas dan direndam semalaman

4 biji kurma hitam Cina (黑棗), dibasuh dan dibuang bijinya

15 biji longan kering, dibasuh dan dibuang bijinya

2″ halia tua (kalau boleh gunakan halia Bentong), dibasuh dan diketuk

1 sdm gula batu tebu, atau lebih lagi jika suka

1.5L water

  1. Letak semua ramuan ke dalam periuk slow cooker. Kacau rata, kemudian pasang slow cooker kepada kepanasan rendah. Masak untuk sekurang-kurangnya 3 jam, sehingga 4 jam.
  2. Kalau anda mahu memasaknya di atas dapur, letak semua ramuah ke dalam periuk dan pasang api ke nyalaan sekecil yang boleh. Apabila air mula mereneh, tutup periuk. Masak untuk lebih kurang 3 jam. Periksa setiap 20 minit dan kacau untuk memastikan tiada yang melekat pada dasar periuk
  3. Hidangkan semasa masih hangat.

Panduan

  • Sila gunakan lebih lagi gula batu tebu jika mahu, atau anda tidak perlu menggunakannya langsung—longan dan kurma sudah cukup manis.
Baca seterusnya:  bubur, halal, kena rajin sikit, nasi, pantang, pulut

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Bubur nasi vegetarian

Bubur vegetarian sepanjang musim

Bubur nasi vegetarian

Nasi ponggal

Persembahan manis untuk dewa-dewi

Nasi ponggal

Flan Horlicks

Kerana kami sangat sukakan Horlicks

Flan Horlicks

Lain kali masak

Bubur nasi vegetarian
Nasi ponggal
Flan Horlicks
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk