Periuk logo
Periuk logo
Biskut bijan & miso

Penulis resepi Yi Jun menggabungkan miso dengan gula perang untuk membuat biskut yang lembut, kenyal, dan dipenuhi biji bijan pada permukaannya. Yi Jun berkata yang biskut ini seakan “biskut Cina berempah dan berderai yang saya makan bila saya kecil.” Biskut ini memang terasa seakan nostalgia, walaupun resepi ini agak ‘moden’.

Resepi ini diterbit dalam Jun & Tonic; dikongsi dengan izin oleh penulis Loh Yi Jun.

Biskut bijan & miso

oleh Loh Yi Jun

Hidangan: 12 biskut

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

Biskut bijan & miso

Hidangan: 12 biskut

Masa penyediaan: Kena rajin sikit

150g mentega, bersuhu bilik

80g pes miso (kombinasi miso putih dan miso merah mengikut nisbah kegemaran anda; lihat bahagian petua di bawah)

80g gula castor

80g gula perang

1 biji telur

1 sdt atau 5g ekstrak vanila

230g tepung serba guna

1 sdt atau 4g serbuk penaik

½ sdt atau 3g soda penaik

50g biji bijan

PERKAKAS KHAS:

Pengadun makanan (stand mixer)

  1. Pukul mentega, pes miso, gula kastor, dan gula perang menggunakan pengadun makanan bersama paddle attachment sehingga sebati dan gebu. Ini akan mengambil masa 3-5 minit pada kelajuan sederhana tinggi.
  2. Tambahkan telur dan ekstrak vanila dan pukul untuk seminit lagi sehingga digaul rata.
  3. Sementara itu, campurkan tepung, serbuk penaik, dan soda penaik di dalam mangkuk dan kacau supaya dicampur rata. Tambah campuran tepung ini kepada pengadun makanan dan pukul pada kelajuan rendah untuk 10-15 saat sehingga tepung telah sebati dengan adunan.
  4. Tutup mangkuk adunan dan simpan adunan biskut di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 3 jam, atau selama satu hari. Ini supaya ramuannya dapat bermesra dan juga supaya tepung boleh dihidratkan dengan rata.
  5. Apabila sedia untuk membakar, panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Tabur biji bijan ke atas dulang dan bakar untuk 10 minit, sehingga sedikit perang. Jangan terlalu perang kerana biji bijan ini akan dibakar sekali lagi bersama biskut. Apabila biji bijan telah dibakar, keluarkan daripada ketuhar dan sejukkan ke suhu bilik.
  6. Sementara itu, bahagikan adunan biskut kepada 55g setiap bahagian, dan bentukkan menjadi cakera tebal seperti cakera hoki. Apabila biji bijan sudah boleh disentuh dengan selamat, ambil cakera adunan anda dan golekkan setiap cakera dalam biji bijan, satu demi satu, sehingga setiap cakera adunan diselubungi biji bijan.
  7. Susunkan cakera adunan berbijan ini ke atas dulang ketuhar yang dialas kertas kuih, berjarak sekurang-kurangnya 4 inci di antaranya, dan bakar di dalam ketuhar untuk 18-20 minit. Pada minit ke-12, gunakkan sudip atau anak lesung untuk menekan tengah setiap biskut dengan perlahan supaya terbentuknya lesung, dan sambung membakar sehingga siap. Apabila biskut telah siap dibakar, alihkan daripada ketuhar dan sejukkan di atas rak.
  8. Biskut ini paling enak dimakan semasa masih hangat, tetapi boleh disimpan untuk 3-5 hari dalam bekas kedap udara.

Panduan

  • Yi Jun menggunakan nisbah 3:1 miso putih dan miso merah. Kami menggalakkan penggunaan lebih miso putih kerana ia lebih manis, manakala miso merah agak savuri.

Ramuan

Arahan

Lain kali masak

Kek mentega mewah

Kudapan petang yang mewah

Kek mentega mewah

Nasi ponggal

Persembahan manis untuk dewa-dewi

Nasi ponggal

Flan Horlicks

Kerana kami sangat sukakan Horlicks

Flan Horlicks

Lain kali masak

Kek mentega mewah
Nasi ponggal
Flan Horlicks
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk