Memang susah untuk mendefinisikan masakan Malaysia. Cara sesebuah keluarga ini menyediakan sesebuah lauk mungkin berbeza sekali dengan cara keluarga lain. Kami dapati ada kekurangan dokumentasi tentang cara-cara berbeza ini, malah tukang masak di rumah juga kurang diraikan. Oleh itu, kami ingin menunjukkan kepelbagaian masakan Malaysia, dan tidak fokus pada mana-mana jenis masakan.
Media Malaysia juga kurang memaparkan kisah tentang makanan dan tukang masak di rumah. Kebanyakan sumber di Malaysia mengagungkan chef dan restoran, tetapi kami ingin mengalih perhatian kami kepada tukang masak di rumah dan juga masyarakat terpinggir yang mungkin tiada wadah untuk bercerita tentang makanan mereka. Kesimpulannya, matlamat kami untuk laman web ini adalah untuk menjadi satu situs persilangan di antara masyarakat, budaya, dan makanan.
Periuk bertuju untuk menyerlahkan kepelbagaian dan keragaman masakan Malaysia di rumah. Ini bermaksud yang setiap masakan dan diet yang diamalkan, dan apa sahaja daging, tumbuhan, atau mineral yang digunakan dalam masakan Malaysia di rumah mempunyai peluang sama rata untuk diwakilkan di laman web ini. Jika kami menapis kandungan laman web ini untuk menjaga hati segelintir ahli masyarakat, ini tidak akan memberi gambaran sebenar tentang tradisi-tradisi makanan yang hebat dan kaya di Malaysia. Terdapat tag dan kategori untuk membantu anda melayari laman web ini supaya anda boleh mencari resepi atau cerita yang sesuai dengan citarasa dan pilihan anda—kami sarankan anda untuk menggunakannya.
Jika anda nampak apa-apa di laman web ini yang mungkin bermasalah, atau kami terlepas pandangan semasa proses penyuntingan kami, sila e-mel kami di hello@periuk.my.