Periuk logo
Periuk logo
Pinongian sada

Pinongian sada ada kaitan dengan bosou sada, tetapi resepi ini tidak menggunakan nasi. Dari segi rasa, ia serupa dengan ikan masin tetapi ada keenakan menarik seakan tanah. Gunalah resipi ini untuk menjeruk hasil memancing anda atau sebagai projek pemula untuk menjeruk ikan. Baca lagi tentang menjeruk menggunakan pangi.

Pinongian sada

oleh Pison Jaujip

Hidangan: 12

Masa penyediaan: Banyak bersabar

Hidangan: 12

Masa penyediaan: Banyak bersabar

500g ikan air tawar, disiang

25g garam

50g isi pangi, ditumbuk halus

  1. Jika menggunakan ikan air tawar yang besar seperti ikan keli, kerat dua memanjang mengikut tulang belakangnya. Jika menggunakan ikan yang kecil, ini tidak perlu dikerat. Keringkan permukaan ikan dengan tisu dapur.
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar dan gaul sebati. 
  3. Susun ikan dalam bekas kedap udara bersih. Labelkan dengan tarikh semasa. 
  4. Biarkan ikan menjeruk selama 1 minggu. 
  5. Selepas 1 minggu, ikan boleh dimasak. Gorengkan begitu sahaja atau tumis dengan halia, bawang merah kecil, bawang putih, dan cili. Hidangkan dengan nasi panas.

Panduan

  • Pison menggunakan pangi mentah kerana proses penjerukan pinongian akan membuang toksin isi pangi. Pangi yang diproses pun boleh diguna. Ikutlah panduan kami untuk penyediaan pangi.
  • Sebaiknya gunakan bekas kaca supaya anda boleh periksa proses penjerukan tanpa membuka bekas. Bekas kaca juga tidak akan menyerap bau berbanding bekas plastik.
  • Jika ada kulat pada ikan, semak warnanya. Jika kulat berwarna putih, ia tidak bahaya. Tetapi jika kulat berwarna hitam, buang ikan itu dan bersihkan bekas sepenuhnya sebelum memula balik proses penjerukan.
  • Pison menasihatkan jangan guna ikan laut sebab nanti rasanya lain.

Ramuan

500g ikan air tawar, disiang

25g garam

50g isi pangi, ditumbuk halus

Arahan

Lain kali masak

Bosou sada

Masam-masam enak

Bosou sada

Pekasam ikan

Pengenalan penjerukkan ikan

Pekasam ikan

Hinava tenggiri

Hanya gunakan makanan laut yang segar

Hinava tenggiri

Lain kali masak

Bosou sada
Pekasam ikan
Hinava tenggiri
 
periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk