Periuk logo
Periuk logo

Libatkan Diri

Kenyataan kepelbagaian penyumbang

Kenyataan kepelbagaian penyumbang

Tujuan Periuk adalah untuk meraikan kepelbagaian, dan ini juga termasuk penyumbang yang menyumbangkan kandungan ke laman web ini.

Sesiapapun, tak mengira bangsa, agama, kewarganegaraan, status migrasi, gender, orientasi seksual, umur, keupayaan fizikal atau mental, atau pengalaman menulis, digalakkan untuk mencadangkan cerita atau menyumbang resepi. Penyumbang laman web ini hanya memerlukan keghairahan untuk memasak di rumah dan juga kepelbagaian budaya di Malaysia.

Jika anda seorang Orang Asli, Orang Asal, migran, atau pelarian, atau jika anda kurang upaya secara fizikal atau mental, sila nyatakan ini semasa menghubungi kami, supaya kami boleh memberi sokongan yang patut.

Garis panduan penyumbangan cerita

Garis panduan penyumbangan cerita

Garis panduan penyumbangan resepi

Garis panduan penyumbangan resepi

Kami mencari resepi hidangan yang anda suka makan di rumah, sama ada dimasak dengan penuh kasih sayang oleh orang tua semasa anda kecil, resepi mudah yang anda sering masak selepas penat bekerja, hidangan perayaan semasa bersama keluarga, apa sahaja. Kalau anda mahu berkongsi resepi kesayangan ini dengan kami, kami ingin memaparkannya di laman web ini supaya rakyat Malaysia lain boleh memasak dan mencuba resepi yang sama, supaya kami semua boleh memakan hidangan yang sama, bersama. Sila ingat bahawa kami tidak memerlukan resepi yang dituliskan khas untuk kami buat masa sekarang.

Jadi apakah jenis resepi yang kami mahukan? Sila layari laman web ini untuk melihat apa yang ada. Ayam goreng atau umbut kelapa, kek butter atau lompat tikam, semua resepi yang disumbang akan diuji oleh kumpulan Periuk sebelum diterbitkan. Sila ingat bahawa kami tidak semestinya akan menerbitkan setiap resepi yang disumbang, dan hanya akan memberi bayaran untuk resepi yang diterbitkan. Kami juga menggalakkan anda untuk membelek laman web ini secara teliti supaya anda tahu sama ada resepi yang serupa telah dipaparkan.

Sedia untuk menyumbang? Sila klik di sini untuk borang sumbangan resepi kami:

Kad kadar

Kad kadar

Kami membayar kadar lazim (Malaysia) untuk cerita makanan, dan bayaran tanda untuk resepi dan pengujian resepi. Kami sedang merancang cara untuk membuat duit dengan laman web ini dan akan berterus terang dengan keputusan kami. Jika anda anda idea, atau ingin membiayai kami, sila hubungi kami!

Kadar kami untuk penyumbang tertera di bawah:

Food stories

Cerita makanan

  • RM0.80 setiap patah perkataan ATAU kadar rata RM650 untuk penyelidikan/rencana, 800-1000 patah perkataan untuk setiap cerita yang diterbit.
  • RM0.70 setiap patah perkataan ATAU kadar rata RM280 untuk cerita peribadi/pendapat, 400-600 patah perkataan untuk setiap cerita yang diterbit.
  • Untuk cerita berformat lain termasuk lukisan dan puisi, sila hubungi surekha@periuk.my terus untuk membincangkan kadar bayaran.
Recipes

Resepi

  • RM80 untuk setiap resepi yang diterbit. Kami juga menerima derma resepi, jika anda sudi!
  • RM30 untuk setiap resepi yang diuji, dan tambahan RM20 untuk setiap gambar yang diterbit.

Jika anda sebahagian daripada masyarakat yang kurang diwakili, sumbangan anda layak menerima pampasan yang lebih tinggi.

periuk

© Hak cipta Periuk 2024

© Hak cipta Periuk 2024

periuk